Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Mirage: Ubisoft Singapore Mainkan Peranan Besar semasa Pembangunan!

Maira by Maira
October 4, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Assassin’s Creed Mirage: Ubisoft Singapore Mainkan Peranan Besar semasa Pembangunan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran game Assassin’s Creed Mirage tidak lama lagi, kami telah berpeluang untuk ke Ubisoft Singapore untuk melihat beberapa maklumat baharu mengenai game tersebut. Yang menariknya, Ubisoft Singapore dan Ubisoft Philippines juga terlibat dengan pembangunan game ini. Tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang mereka sumbang kepada pembangunan game Assassin’s Creed Mirage.

Sumber: Digital Braves

Pembentangan dimulakan oleh Justin Ng yang telah memperkenalkan secara ringkas mengenai Assassin’s Creed Mirage. Di sinilah dia menyatakan bahawa Ubisoft Singapore terlibat dengan pembangunan game tersebut. Antara benda yang mereka sumbang kepada game ini adalah sistem pickpocket dan tool untuk watak utama, Basim.

Pickpocket, Sumber: Ubisoft
Tools, Sumber: Ubisoft

Mereka turut mereka bentuk tiga jalan utama game iaitu Abbasiyah, Harbiyah dan Karkh. Bukan setakat itu sahaja, kesemua reka bentuk laut dan terusan Baghdad dalam Mirage juga dihasilkan oleh Ubisoft Singapore. Tambahnya lagi, mereka turut bekerja rapat dengan Ubisoft Philippines.

“Kami di Singapura, kami adalah penguasa lautan, ” kata Juntin Ng.

Sumber: Ubisoft

Syarah Mahmood sebagai Lead Artist dalam Assassin’s Creed Mirage berkata dia terlibat dalam reka bentuk bangunan serta kawasan ikonik di Baghdad. Contohnya, House of Wisdom/Grand Library of Baghdad – perpustakaan terbesar di era keemasan Baghdad, terdapat begitu banyak buku dan codex tentang sejarah yang boleh dibaca oleh pemain. Menariknya, banyak daripada bahan tulisan itu adalah tepat daripada segi sejarah kerana Ubisoft telah bekerja dengan pakar sejarah. Beliau juga memperkenalkan beberapa detik timur tengah yang tepat seperti azan.

Sumber: Ubisoft

Meng Yim Chee sebagai Lead Quest Designer berkata bahawa Ubisoft Singapore telah mengusahakan 3 blackbox quest utama dan beberapa side quest. Dia juga berkata bahawa semua quest direka untuk memaksimumkan kebolehan Basim untuk pembunuhan dan parkour. Apabila ditumbangkan, Basim sangat lemah dalam pertempuran terbuka, tidak seperti Eivor atau Alexios/Kassandra. Jadi ini adalah sesuatu yang disukai oleh peminat.

Sumber: Ubisoft

Pada hujung pembentangan, mereka berharap pemain akan menikmati Assassin’s Creed Mirage, kerana setelah sekian lama, game ini akhirnya kembali ke asalnya dan boleh dinikmati oleh pemain baru mahupun veteran yang suka pada gameplay stealth, parkour dan assassination.

Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan pada 5 Oktober dan tersedia untuk pra-tempah sekarang di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Amazon Luna dan PC melalui Epic Games Store, Ubisoft Store. Kalau anda melanggan Ubisoft+ , anda boleh mainkannya pada hari pertama ia dilancarkan. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Assassin’s Creed daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin's Creed MirageUbisoft PhilippinesUbisoft Singapore
ShareTweetSend
Previous Post

Apple TV+ Bawakan Dokumentari “Messi Meets America” pada 11 Oktober Ini!

Next Post

Warcraft Rumble Interview: Lebih Lanjut Tentang Pelancaran, Mekanik Baharu dan Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Warcraft Rumble Interview: Lebih Lanjut Tentang Pelancaran, Mekanik Baharu dan Banyak Lagi!

Warcraft Rumble Interview: Lebih Lanjut Tentang Pelancaran, Mekanik Baharu dan Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd