Hari ini, Konami Digital Entertainment Limited mengumumkan bahawa”Rush Duel” kini boleh didapati di Yu-Gi-Oh! Duel Links sebagai sebahagian daripada update besar percuma kepada permainan kad digital tersebut.
Sempena itu, anda boleh tonton trailer pelancaran rasmi di bawah:
Secara am, Rush Duel ialah cara baharu yang dinamik, mudah untuk faham dan menarik untuk bermain Yu-Gi-Oh! Menggunakan set kad sendiri, ia adalah a
permainan kad baharu yang berbeza sepenuhnya untuk pemain Duel Links menikmati bersama format sedia ada.

Rasmi dilancarkan hari ini, Rush Duel boleh dimainkan dalam dunia Yu-Gi-Oh! SEVENS serba baharu yang menampilkan watak baharu dan banyak ganjaran istimewa.
Dalam Rush Duel, anda boleh menyeru seberapa banyak raksasa yang anda mahu mengikut giliran, lalu mengisi medan perang dengan kad sesuka hati. Anda mengisi semula sekurang-kurangnya lima kad pada permulaan setiap giliran, tanpa kira berapa banyak kad yang telah hilang.

Selain Rush Duel, ada banyak ganjaran istimewa yang tersedia sekarang – dan semua orang boleh merebutnya secara percuma. Berikut adalah senarai segala kandungan baharu yang disertakan dalam update ini:
Ciri-ciri Baharu
- Format Rush Duel (hanya boleh dimainkan menggunakan kad Yu-Gi-Oh! Rush Duel)
- Kad baharu untuk Rush Duel
- Dunia Baharu Yu-Gi-Oh! SEVENS
- Watak Yu-Gi-Oh! SEVENS yang boleh dimainkan – Yuga, Luke, Gavin dan Romin
- Kempen “Rush Duel Challenge” masa terhad yang menampilkan ganjaran istimewa
Bonus apabila log-in
- Dek struktur Rush Duel
- 20 pek kad percuma termasuk 10 pek Rush Duel dan pek 10 Speed Duel
- “UR Dream Pack (Rush Duel/Prismatic)” yang menampilkan kad Prismatic UR terjamin
- Kad Prismatic UR Dark Magician – kedua-dua edisi Rush Duel dan Speed Duel
- Card Sleeve dan Game Mat khas (boleh digunakan dalam kedua-dua Rush Duel dan Sped Duel)
- 1,000 Gem

Bagi mereka yang berminat, Yu-Gi-Oh! Duel Links kini tersedia secara percuma di App Store untuk iPad, iPhone dan iPod touch, Google Play untuk peranti Android dan untuk PC melalui Steam.
@gamersantaimy
Discussion about this post