Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Counter-Strike 2 kini tersedia! Download di Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2023
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Counter-Strike 2 kini tersedia! Download di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk semua peminat Counter-Strike kerana hari ini Valve melancarkan Counter-Strike 2 di seluruh dunia untuk PC melalui Steam. Tersedia secara free-to-play, anda boleh memuat turun game ini sekarang.

Bak kata Valve:

Selama lebih dua dekad, Counter-Strike telah menawarkan pengalaman kompetitif elit, yang dibentuk oleh berjuta-juta pemain dari seluruh dunia. Dan kini bab seterusnya dalam kisah Counter-Strike akan bermula. Ini ialah Counter-Strike 2.

Sebagai upgrade percuma kepada Counter-Strike: Global Offensive, CS2 menandakan lonjakan teknikal terbesar dalam sejarah Counter-Strike. Dibina pada enjin Source 2, Counter-Strike 2 dimodenkan dengan rendering berasaskan fizikal realistik, networking terkini dan alatan Community Workshop yang dipertingkatkan.

Kredit: Valve

Sorotan-sorotan utama dalam game termasuk:

Sebagai tambahan kepada gameplay berfokus objektif klasik yang diperkenalkan oleh Counter-Strike pada tahun 1999, CS2 memiliki:

  • Rating Counter-Strike serba baharu dengan mode Premier yang dikemas kini.
  • Leaderboard untuk Global dan Wilayah.
  • Peta yang dinaik taraf dan dirombak.
  • Bom tangan asap dinamik yang mampu mengubah rentak permainan.
  • Gameplay bebas tick-rate.
  • Kesan visual dan audio yang direka bentuk semula.
  • Semua item daripada Counter-Strike: Global Offensive dibawa ke dalam Counter-Strike 2.
Kredit: Valve

“Prime Status Upgrade” yang bernilai RM69.95 turut tersedia, yang memberikan Prime Status kepada pemain, dan membolehkan mereka dipadankan dengan pemain Prime Status lain dan menerima barangan cenderahati eksklusif Prime, item drop dan bekas senjata.

Untuk muat turun, sila tekan pautan di bawah:

Baca segala liputan kami tentang Counter-Strike di SINI!

Tags: Counter-Strike 2steam
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix umum Anime Tomb Raider: The Legend of Lara Croft, sambungan kepada game!

Next Post

Sarah Johana Kongsi Rahsia Mempromosikan Game Indie Anda Bersama Komuniti [Level Up KL 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Sarah Johana Kongsi Rahsia Mempromosikan Game Indie Anda Bersama Komuniti [Level Up KL 23]

Sarah Johana Kongsi Rahsia Mempromosikan Game Indie Anda Bersama Komuniti [Level Up KL 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd