Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix umum Anime Tomb Raider: The Legend of Lara Croft, sambungan kepada game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix umum Anime Tomb Raider: The Legend of Lara Croft, sambungan kepada game!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara digital DROP 01 pagi tadi, Netflix telah mengumumkan adaptasi anime Tomb Raider, berdasarkan siri game terkenal dengan nama yang sama.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer rasmi di bawah untuk pandangan pertama:

Mula diumumkan dalam pembikinan pada tahun 2021, siri anime Tomb Raider baru secara rasmi bertajuk Tomb Raider: The Legend of Lara Croft. Animasi akan dihasilkan oleh Powerhouse Animation (studio di sebalik Castlevania, Blood of Zeus, Skull Island dan banyak lagi), dan dibuat bersama kerjasama Netflix, Crystal Dynamics dan Legendary Television.

Tomb Raider: The Legend of Lara Croft pada masa ini dirancang untuk ditayangkan di platform Netflix pada tahun 2024, tetapi masih belum mengesahkan tarikh keluaran rasmi setakat ini.

Kredit: Netflix

Siri anime Tomb Raider akan membintangi Hayley Atwell (Dr. Strange and the Multiverse of Madness, Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One) sebagai Lara Croft, Allen Maldonado (Heels, The Wonder Years) sebagai Zip, dan Earl Baylon akan mengulangi peranannya sebagai Jonah Maiava daripada game.

Menurut Netflix, anime ini berlangsung selepas peristiwa trilogi game Tomb Raider Survivor yang sangat berjaya; Tomb Raider 2013, Rise of the Tomb Raider 2015 dan Shadow of the Tomb Raider 2018. Anime ini akan menceritakan bab seterusnya dalam kisah Lara Croft ketika dia merealisasikan takdirnya sebagai Tomb Raider ikonik.

Kredit: Netflix

Bagi mereka yang kurang tahu, siri Tomb Raider atau dikenali sebagai Lara Croft: Tomb Raider ialah francais media yang berasal daripada permainan video pengembaraan aksi. Francais ini memfokuskan kepada seorang ahli arkeologi British bernama Lara Croft, yang mengembara ke seluruh dunia mencari artifak yang hilang dan menyusup ke makam dan runtuhan berbahaya.

Game Tomb Raider telah menjual lebih 95 juta salinan di seluruh dunia setakat 2022 dan secara amnya telah mendapat pujian positif, di mana Lara Croft telah menjadi salah satu protagonis yang paling dikenali dalam sejarah gaming.

Kredit: Netflix

Baca segala liputan kami tentang Tomb Raider di SINI!

Tags: animenetflixTomb Raider
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix umum siri anime Devil May Cry, berserta Visual Pertama!

Next Post

Counter-Strike 2 kini tersedia! Download di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Counter-Strike 2 kini tersedia! Download di Steam!

Counter-Strike 2 kini tersedia! Download di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd