Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Santai di Junji Ito Horror House! Penuh dengan Karya Junji Ito!

Maira by Maira
October 2, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Manga, Pameran/Expo
0 0
0
Pengalaman Santai di Junji Ito Horror House! Penuh dengan Karya Junji Ito!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda suka pada siri manga seram daripada Junji Ito? Inilah peluang anda untuk singgah ke Junji Ito Horror House di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur! Pelbagai benda menarik yang dipamerkan dalam rumah hantu tersebut yang diinspirasikan daripada adegan Junji Ito Maniac: Japanese Tales Of The Macabre dan Uzumaki: Spiral Into Horror.

Kami juga berpeluang untuk masuk ke dalam rumah hantu tersebut! Jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami di sana!

Sumber: Digital Braves

Untuk pengetahuan anda, Junji Ito Horror House mempunyai tiga Hall utama iaitu Hall A, Hall B dan Hall C. Kalau anda ingin memasuki kesemua Hall, anda perlulah membeli tiket “Double Hall”. Anda boleh rujuk harga tiket di hujung artikel ini!

Hanya lapan orang sahaja yang akan masuk dalam setiap Hall dan mereka akan memegang tali supaya tidak sesat semasa berada di dalam rumah hantu tersebut. Sudah tentu akan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Sumber: Digital Braves

Masuk sahaja dalam Hall A atau B, kami telah diperkenalkan secara ringkas mengenai Junji Ito. Anda kena tontonnya sehingga habis kerana ada kejutan menarik menanti anda! Setiap Hall juga memberikan kandungan berbeza. Sebagai contoh, ada prop dan pelakon yang akan lakonkan semula adegan seperti “Kuriko” dan “Tomie Kawakami”.

Terdapat 5-8 adegan ikonik Junji Ito dengan pelakon menggambarkan setiap watak dalam setiap Hall. Seperti rumah hantu, mereka ini akan berusaha untuk menakutkan anda.

Sumber: Digital Braves

Setiap Hall mangambil masa kira-kira 10-15 minit untuk melihat semua kandungan. Itu pun mengikut kelajuan kumpulan anda. Kalau anda bersama dengan kumpulan yang mudah seram, memang sikitlah masa yang diambil untuk lihat segala kandungan dalam Hall.

Keluar sahaja daripada Hall A dan B, anda akan dibawa ke Hall C pula. Terdapat banyak lakaran daripada karya Junji Ito seperti Balloon Head, Headless Sculptures dan Tomie Kawakami, termasuklah dokumentari yang menunjukkan Ito menerangkan hasil kerjanya. Terdapat juga prop menarik yang sudah tentu menyeramkan.

Sumber: Digital Braves

Sebagai contoh, terdapat Balloon Head yang sebenar di rumah hantu tersebut. Tempat belon tersebut diletakkan sangat strategik, membuatkan anda rasa ditenung sama seperti dalam manga. Agak seram juga kalau pandang lama-lama pada mata tersebut.

Keluar daripada Hall C, anda akan memasuki ruang merchandise, senang cerita tempat anda membeli-belah barangan menarik yang diinspirasikan oleh karya Junji Ito. Antara barangan yang tersedia adalah topi, coster, kad poker, skrol dinding, mug dan banyak lagi! Paling penting sekali, kedai ini terbuka secara umum, jadi anda tidak perlu tiket untuk membeli!

Kalau anda peminat Junji Ito, pameran ini sememangnya berbaloi untuk anda singgah lebih-lebih lagi kita dapat melihat karya-karya Junji Ito dengan lebih imersif. Tetapi kalau anda hanya orang biasa, mungkin anda akan rasa ingin tahu mengenai rumah hantu ini.

Anda tidak perlu untuk membaca atau menonton karya-karya Junji Ito untuk nikmati rumah hantu ini. Tetapi sudah tentu anda ingin menyelami dunia seram Junji Ito daripada semua Hall yang ada. Ia memberikan satu pengalaman yang lebih menarik berbanding seram jika yang dibandingkan daripada siri manga.

Sumber: Digital Braves

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Anda yang ingin ke Junji Ito Horror House, jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan tiket anda sekarang! Berikut adalah info mengenainya:

  • Lokasi: LaLaport BBCC, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Tarikh: 28 September – 10 November 2023
  • Waktu Operasi: 12 petang – 10 malam (Setiap Hari)
  • Tempoh: 60 minit untuk satu lawatan
Jenis TiketApa yang tersediaHarga
Hari BiasaSingle Hall Tiket masuk single hall
Face Mask eksklusif
Baucar RM20 di kedai Merchandise
*Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit
RM 49
Double HallTiket masuk double hall
Face Mask eksklusif
Baucar RM20 di kedai Merchandise
*Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit
RM 79
Hari Minggu Single Hall Tiket masuk single hall
Face Mask eksklusif
Baucar RM20 di kedai Merchandise
*Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit
RM 59
Double HallTiket masuk double hall
Face Mask eksklusif
Baucar RM20 di kedai Merchandise
*Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit
RM 89
Bundle DealDouble Hall x4Tiket Bundle deal untuk semua hall x4
Face Mask eksklusif x4
Baucar RM20 di kedai Merchandise
*Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit
Tebus F&B percuma dari Ito Junji Cafe x4
RM 249
Double Hall x8Tiket Bundle deal untuk semua hall x8
Face Mask eksklusif x8
Baucar RM20 di kedai Merchandise
*Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit
Tebus F&B percuma dari Ito Junji Cafe x8
RM 498

Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Junji ItoJunji Ito Horror HouseJunji Ito Maniac: Japanese Tales of the MacabreUzumaki: Spiral Into Horror
ShareTweetSend
Previous Post

Interview bersama Myth Avenue Gaming – Juara Dota 2 untuk Malaysia Predator League 2024!

Next Post

Malaysia Raih Pingat Gangsa Dalam Kejohanan Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Malaysia Raih Pingat Gangsa Dalam Kejohanan Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou!

Malaysia Raih Pingat Gangsa Dalam Kejohanan Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd