Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman main Honkai Star Rail di PS5 – Lancar atau tidak? [TGS23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2023
in Artikel, Berita, Preview, PS5, RPG
0 0
0
Pengalaman main Honkai Star Rail di PS5 – Lancar atau tidak? [TGS23]
Share on FacebookShare on Twitter

Honkai: Star Rail bakal dikeluarkan di PlayStation 5 tidak lama lagi. Memandangkan tarikh keluaran ditetapkan pada 11 Oktober 2023, ramai pemain PS5 tidak sabar untuk bermain Honkai: Star Rail di platform kegemaran mereka.

Di sini, kami sempat mencuba Honkai: Star Rail versi PS5 di booth HoYoverse. Adakah versi konsol lancar seperti di PC dan Mobile? Inilah preview kami!

Memandangkan ini adalah versi Honkai Star Rail yang sama, cuma untuk PS5; saya tidak akan membincangkan tentang gameplay tetapi lebih menumpukan pada aspek teknikal dan apa yang membezakannya berbanding Mobile dan PC.

Daripada apa yang saya alami, game ini dioptimumkan secara maksimum. Sepanjang bermain, saya sentiasa dapat frame rate tinggi yang konsisten dan grafik terbaik tanpa kompromi. Ini adalah pencapaian yang agak besar, kerana saya secara aktif bermain HSR menggunakan laptop gaming saya dengan spesifikasi yang cukup kuat (pemproses i5 9th-Gen, GPU GTX 1660 Ti, memori 16GB RAM).

Kami juga dapat bermain Honkai: Star Rail pada cip M1, dan ia berjalan lebih teruk pada tetapan tinggi, jadi saya terpaksa membuat beberapa perubahan untuk membuatkan game ini berjalan lancar.

Walaupun saya sebut “lebih teruk”, ia tidak seteruk seperti yang disangkakan, tetapi kami dapat melihat penurunan FPS dan sedikit lag di beberapa adegan, terutamanya apabila melaksanakan skil dengan kesan visual yang besar.

Bagi PS5, anda tidak perlu risau tentang hal itu kerana game ini berjalan dengan cantik pada kualiti grafik terbaik.

Saya tidak pasti sama ada terdapat beberapa penambahbaikan. Sebagai contoh, grafik Genshin Impact di PS5 memiliki grafik lebih baik, terutamanya apabila meneroka Liyue dengan kabus yang lebih tebal. Mungkin Honkai: Star Rail ada sedikit perbezaan, tetapi kita akan tahu lebih lanjut apabila game ini dilancarkan.

Honkai: Star Rail tersedia sekarang di PC, iOS melalui Apps Store dan Android melalui Google Play. Versi PS5 bakal dikeluarkan pada 11 Oktober 2023 manakala versi PS4 masih dalam pembikinan. Untuk membaca berita lain mengenai Honkai: Star rail daripada kami, boleh klik pautan ini.

Segala liputan kami tentang Tokyo Game Show disampaikan bersama kerjasama Predator Gaming.

Tags: Honkai Star Railps5TGS 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload Demo — Perubahan Tartarus Serta Versi yang Lebih Digilap! [TGS23]

Next Post

Lysfanga: The Time Shift Warrior Demo — Klonkan Diri Dengan Ulangi Masa! [TGS23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Next Post
Lysfanga: The Time Shift Warrior Demo — Klonkan Diri Dengan Ulangi Masa! [TGS23]

Lysfanga: The Time Shift Warrior Demo -- Klonkan Diri Dengan Ulangi Masa! [TGS23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd