Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TEKKEN 8 Perkenalkan Feng Wei, Sesi Closed Beta Test Diumumkan! Daftar Sekarang!

Maira by Maira
September 19, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
TEKKEN 8 Perkenalkan Feng Wei, Sesi Closed Beta Test Diumumkan! Daftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo Games Show 2023 akan bermula tidak lama lagi dan kami tidak sabar untuk berkongsi segala maklumat baharu kepada anda. Kami telah berpeluang untuk melihat presentation Tekken 8 dengan lebih awal! Banyak juga perkara baru yang didedahkan semasa presentation tersebut. Jom kami kongsikan satu per satu maklumat baharu itu.

Feng Wei Tiba

Tekken Fight Lounge

Tekken 8 akan memaparkan satu Lounge tersendiri. Lounge ini berfungsi seperti lobi game yang memaparkan emote, text chat, berinteraksi dengan watak-watak untuk melihat profil mereka dan lain-lain. Terdapat 4 kawasan kesemuanya, tetapi untuk beta tertutup nanti, anda hanya boleh akses Battle Arena dan Customization Shop sahaja.

Dalam Battle Arena, anda boleh akses Ranked Match klasik dan Quick Match. Selain itu, terdapat juga Group Match di mana anda bermain menentang pemain lain dalam kumpulan menggunakan mesin arked. Ciri lain yang menarik adalah Super Ghost Battle yang membolehkan anda menentang ghost data pemain lain, yang menggunakan pembelajaran AI.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Penyesuaian

Seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh akses Customization Shop di Lounge. Di sinilah anda boleh mengakses Avatar Customization untuk memberikan sentuhan anda tersendiri kepada avatar anda. Avatar inilah yang anda guna untuk meneroka sekitar lobi. Selain itu, terdapat juga Player Customize yang membolehkan anda untuk edit title plate, info pemain, mirror, malah health gauge juga boleh disesuaikan! Tetapi ia hanya tersedia dalam versi game penuh.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Beach Area 

Tidak lengkaplah kalau tiada game mini dalam TEKKEN 8. Berita baiknya, game mini seperti Tekken Ball akan kembali dalam entri baharu ini! Anda boleh mencubanya semasa beta tertutup nanti!

Tekken Ball

Beta Tertutup (CBT)

Tekken 8 sekali lagi memberi peluang untuk pemain mencuba game tersebut. Pendaftaran untuk beta tertutup Tekken 8 akan bermula sekarang sehingga 11 Oktober 2023 (3 pm). Boleh klik pautan ini untuk mendaftar sekarang! Anda yang pernah sertai CNT pada Jun yang lalu, tidak perlu untuk daftar semula untuk sertai CBT kali ini.

Beta tersebut akan dijalankan pada 20 Oktober sehingga 23 Oktober 2023 di PS5, Xbox dan PC. Ia juga memaparkan ciri crossplay semasa beta nanti! Berikut adalah kandungan yang akan tersedia semasa beta:

  • 19 watak yang boleh dimainkan
    • 3 watak tambahan sejak CNT iaitu Azucena, Raven, Feng
  • 6 Stage
    • Tambahan satu stage sejak CNT iaitu Ortiz Farm

Game ini akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari 2023 di PS5, Xbox Series X|S dan Steam. Untuk mendapatkan berita lain mengenai TEKKEN 8 daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: closed betaFeng WeiTekken 8
ShareTweetSend
Previous Post

ESL One Kuala Lumpur 2023 Kembali Disember Ini, Pasukan Dota 2 Terbaik Bersaing Untuk Prize Pool Lebih RM4.6 juta!

Next Post

Xbox Game Pass Tambah Gotham Knights, PAYDAY 3 dan Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Xbox Game Pass Tambah Gotham Knights, PAYDAY 3 dan Banyak Lagi!

Xbox Game Pass Tambah Gotham Knights, PAYDAY 3 dan Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd