Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime ‘100 Girlfriends’ rasmi akan ditayangkan di Malaysia – Kisah tentang 1 lelaki, 100 awek!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime ‘100 Girlfriends’ rasmi akan ditayangkan di Malaysia – Kisah tentang 1 lelaki, 100 awek!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, kami dapat pengumuman rasmi oleh Muse Asia bahawa mereka akan menayangkan siri anime ‘The 100 Girlfriends Who Really, Really, Really, Really, Really Love You‘ di rantau Asia termasuk Malaysia. Malangnya, tarikh tayangan tepat tidak dijelaskan lagi tetapi akan diberitahu pada hari kemudian.

Pengumuman oleh Muse Asia

Sempena itu, anda boleh menonton trailer baharu bagi anime ini di bawah:

‘The 100 Girlfriends Who Really, Really, Really, Really, Really Love You’ (atau Kimi no koto ga Dai Dai Dai Dai Daisuki na 100- nin no Kanojo) atau selalunya dirujuk sebagai ‘The 100 Girlfriends’ ialah siri manga harem dan komedi romantik yang ditulis oleh Rikito Nakamura dan diilustrasikan oleh Yukiko Nozawa.

Anime ini akan dibintangi oleh:

  • Wataru Kato sebagai Rentaro Aijo
  • Kaede Hondo sebagai Hakari Hanazono
  • Miyu Tomita sebagai Karane Inda
  • Maria Naganawa sebagai Shizuka Yoshimoto
  • Asami Seto sebagai Nano Eiai
  • Ayaka Asai sebagai Kusuri Yakuzen
  • Shigeru Chiba sebagai God (Kami-sama)
Kredit: EMOTION LABEL

Bagi bahagian produksi, Hikaru Sato diberi tanggungjawab untuk mengarahkan siri ini di Bibury Animation Studio. Takashi Aoshima menguruskan skrip siri, Akane Yano akan menghasilkan reka bentuk watak. Shuhei Mutsuki, Shunsuke Takizawa dan eba akan mengarang muzik di Lantis.

Bagi mereka yang kurang tahu, cerita ini mula disirikan dalam majalah manga seinen Weekly Young Jump terbitan Shueisha sejak Disember 2019, ia cepat meraih populariti kerana konsepnya yang ‘gila’ dan watak-watak yang mudah disukai. Bukan itu sahaja, siri ini juga menduduki tempat ke-8 dalam senarai “Adaptasi Anime Paling Dikehendaki” oleh AnimeJapan pada tahun 2022.

Kredit: EMOTION LABEL

Jika korang ingin tahu lebih lanjut, di bawah adalah sinopsis:

Rentaro Aijo telah meluahkan perasaan tetapi ditolak oleh 100 gadis sepanjang hidupnya. Pada hari terakhir sekolah menengah rendah, dia melawat sebuah kuil dan berdoa agar dia mendapat teman wanita semasa di sekolah menengah atas. Tiba-tiba, Dewa Cinta muncul dan memberitahu Rentaro bahawa sebab kehidupan cintanya amat sadis kerana setiap orang sepatutnya mempunyai hanya satu jodoh. Tetapi disebabkan kesilapan oleh Dewa Cinta, Rentaro kini ditakdirkan untuk mempunyai 100 teman wanita.

Pada hari pertama sekolah, Rentaro bertemu dengan Hakari Hanazono yang kaya dan Karane Inda yang tsundere. Kedua-dua gadis serta-merta jatuh cinta dengannya, dan Rentaro pun tertarik kepada mereka berdua, tetapi tidak dapat membuat keputusan antara mereka.

Petang itu, dia melawat Dewa Cinta sekali lagi dan dimaklumkan bahawa jika dia tidak membalas perasaan salah seorang jodohnya, maka mereka akan mati dalam kemalangan. Tidak mahu nasib seperti itu menimpa Hakari dan Karane, Rentaro memutuskan untuk bercinta dengan mereka berdua pada masa yang sama, dengan restu masing-masing.

Semasa jauh dalam cerita, lebih ramai gadis akan diperkenalkan dan menjadi teman wanita Rentaro untuk mewujudkan kisah harem paling besar dalam sejarah manga.

Kredit: EMOTION LABEL

Baca segala liputan kami tentang siri ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 100 Girlfriendsanimemanga
ShareTweetSend
Previous Post

Burn The Witch dapat Anime Baru! Bukan sekuel tapi prekuel!

Next Post

UNIQLO Bakal Lancar UT Chainsaw Man pada 25 September 2023! Ada 5 Design Untuk Korang Dapatkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
UNIQLO Bakal Lancar UT Chainsaw Man pada 25 September 2023! Ada 5 Design Untuk Korang Dapatkan!

UNIQLO Bakal Lancar UT Chainsaw Man pada 25 September 2023! Ada 5 Design Untuk Korang Dapatkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd