Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Burn The Witch dapat Anime Baru! Bukan sekuel tapi prekuel!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Burn The Witch dapat Anime Baru! Bukan sekuel tapi prekuel!
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan spin-off kepada Bleach, siri Burn The Witch memfokuskan kepada dua witch bernama Noel Niihashi dan Ninny Sprangcole, dan pernah ada anime pendek sendiri pada awal tahun 2020. Kini, kita dapat pengesahan bahawa Noel dan Ninny akan kembali dalam anime prekuel baharu untuk Burn The Witch.

Sempena itu, anda boleh menonton teaser pertama di bawah untuk gambaran umum:

Bertajuk Burn the Witch 0.8, projek anime ini sebenarnya berfungsi sebagai prekuel kepada filem anime yang bakal menceritakan semula setiap peristiwa yang berlaku dalam adaptasi manga one-shot oleh Tite Kubo yang dikeluarkan pada tahun 2018.

Kredit: EMOTION LABEL

Dalam one-shot ini, peminat diperkenalkan kepada Reverse London, sebuah negara yang wujudnya makhluk ajaib. Noel Niihashi dan Ninny Spangcole ialah dua witch yang bekerja untuk sebuah organisasi bernama Wing Bind. Tugas mereka adalah untuk menghapuskan ancaman naga. Rakan Noel Balgo akhirnya menjadi terlalu dekat dengan salah satu naga ini, dan ia membantu untuk mendedahkan lebih banyak dunia yang diceritakan dalam episod kemudian.

Kredit: EMOTION LABEL

Tentang hal produksi, Tatsuro Kawano akan kembali daripada filem anime Burn the Witch (2020) untuk mengarahkan Burn the Witch #0.8 bersama pasukan animasi Yamahitsuji/Studio Colorido. Pelakon utama filem ini juga kembali untuk anime baharu dan terdiri daripada:

  • Asami Tano sebagai Ninny Spangcole
  • Yuina Yamada sebagai Noel Niihashi
  • Shimba Tsuchiya sebagai Balgo Parks
  • Hiroaki Hirata sebagai Chief
  • Rie Hikisaka sebagai Osushi-chan

Tarikh keluaran tepat untuk anime ini masih belum diumumkan tetapi harap-harap ia akan dikeluarkan secepat mungkin.

Kredit: EMOTION LABEL

Bagi mereka yang tidak tahu, Burn the Witch ialah siri manga Jepun yang dicipta oleh Tite Kubo. Ia pertama kali diterbitkan dalam Weekly Shonen Jump Shueisha sebagai manga one-shot pada Julai 2018 tetapi ternyata ia sangat popular sehingga siri manga kembali dengan empat bab baharu pada 2020 serta diadaptasikan kepada filem anime.

Sinopsis

Menurut sejarah, 72% daripada semua kematian di London berkaitan dengan naga dan makhluk ajaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Walaupun tidak diketahui oleh semua, beberapa manusia telah melawan naga-naga ini.

Hanya penduduk Reverse London yang tinggal di dimensi “terbalik” sahaja dapat melihat naga tersebut. Walaupun begitu, hanya beberapa yang terpilih sahaja yang cukup layak sebagai “witch” atau “wizard” untuk berkonfrontasi dengannya.

Protagonis cerita adalah duo penyihir Noel Niihashi dan Ninny Spangcole. Mereka adalah ejen perlindungan untuk Wing Bind (WB), sebuah organisasi pemeliharaan dan pengurusan naga. Misi mereka adalah untuk melindungi dan menguruskan naga di London bagi menjaga keselamatan penduduk.

Kredit: EMOTION LABEL

Untuk baca segala liputan kami tentang siri ini, sila tekan pautan ini.

Tags: animeburn the witch
ShareTweetSend
Previous Post

[Pandangan Pertama] Endless Dungeon Beta — Lindungi Crystal Daripada Alien! Situasi Hura-Hara yang Menyeronokkan!

Next Post

Anime ‘100 Girlfriends’ rasmi akan ditayangkan di Malaysia – Kisah tentang 1 lelaki, 100 awek!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Anime ‘100 Girlfriends’ rasmi akan ditayangkan di Malaysia – Kisah tentang 1 lelaki, 100 awek!

Anime '100 Girlfriends' rasmi akan ditayangkan di Malaysia - Kisah tentang 1 lelaki, 100 awek!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd