Natsume dah release details 4 DLC yang akan disekalikan dalam Harvest Moon: Light of Hope Special Edition Season Pass.
Harga? $USD9.99 (Convert sendiri berdasarkan FX masa korang baca ni). Dengan $USD49.99 boleh beli vundle digital untuk PS4 dan Switch, korang akan dapat full game dengan season pass skali. Kalau nak beli asing-asing; untuk 4 DLC ni harga dia $USD17.69.
Berikut adalah perincian DLC dia:
Decorations & Tool Upgrade Pack
Tarikh Keluar: May 29
Harga: $1.99Hias ladang korang dengan 7 set pagar deco dan 2 berhala. Korang leh upgrade Hoe dan Watering Can lagi 2 level. Senang dan laju tanaman nak berhasil.
New Marriageable Characters Pack
Tarikh Keluar: June 19
Harga: $5.992 Penduduk baru masuk ke Beacon Town iaitu Shirlock, detektif dan wartawan muda yang berguru dengan Naomi. Michelle pula, seorang rakan kongsi penyelidikan Doc.
Doc’s and Melanie’s Special Episodes
Tarikh Keluar: July 10
Harga: $5.99Bantu Melanie dan Doc dalam 2 side story dan dapatkan kedai baru. Melanie tengah sangap takde idea dan Doc pulak ada masalah percintaan.
Divine Marriageable Characters Pack
Tarikh Keluar: July 31
Harga: $3.99Boleh ngorat Harvest Goddess atau Gorgan, pastu leh kawen..
Game ni akan keluar untuk PS4 dengan Switch 29 Mei untuk North America dan 22 June kat Europe.
@gamersantaimy
Discussion about this post