Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aquaman and the Lost Kingdom Dedahkan Trailer Rasmi! Black Manta Kembali Dengan Trident Berkuasa!

Maira by Maira
September 15, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Aquaman and the Lost Kingdom Dedahkan Trailer Rasmi! Black Manta Kembali Dengan Trident Berkuasa!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah teaser pertama filem dikeluarkan beberapa hari yang lalu, akhirnya Warner Bros. Pictures melepaskan trailer rasmi untuk filem Aquaman and the Lost Kingdom (Aquaman 2), filem sekuel kepada Aquaman yang ditayangkan pada 2018.

Banyak juga benda yang telah didedahkan dalam trailer tersebut. Nampaknya Arthur dan Mera telahpun berkahwin malah mempunyai seorang anak kecil. Antagonis kita, Black Manta juga kembali dengan rupa baharu bersama Black Trident yang dimilikinya sekarang. Ini membuatkan ramai yang teruja untuk menonton filem ini di pawagam pada 21 Disember ini!

Kredit: Warner Bros. MY

Berikut adalah sinopsis untuk Aquaman and the Lost Kingdom:

Setelah gagal mengalahkan Aquaman buat kali pertama, Black Manta, masih didorong untuk membalas dendam kematian bapanya, tidak akan berhenti untuk menjatuhkan Aquaman sekali dan untuk selamanya. Kali ini Black Manta lebih hebat berbanding sebelum ini, menggunakan kuasa mitos Black Trident, yang melepaskan kuasa purba dan jahat. Untuk mengalahkannya, Aquaman akan berpaling kepada saudaranya yang dipenjarakan Orm, bekas Raja Atlantis. Bersama-sama, mereka mesti mengetepikan perbezaan mereka untuk melindungi kerajaan mereka dan menyelamatkan keluarga Aquaman, dan dunia daripada kemusnahan.

Kredit: Warner Bros. MY

Kembali untuk membawa watak masing-masing, Jason Momoa masih kekal sebagai Arthur Curry/Aquaman, yang kini menggalas tugas sebagai Atlantis King dan bapa baharu. Orm yang dimainkan oleh Patrick Wilson kini perlu menjadi sekutu kepada Aquaman. Amber Heard kembali sebagai Mera, Queen Atlantis dan juga ibu kepada waris takhta Atlantis. Yahya Abdul-Mateen II sebagai Black Manta, lebih komited untuk membalas dendam terhadap kematian bapanya dengan memusnahkan Aquaman, keluarganya dan Atlantis.

Kredit: Warner Bros. MY

Bagi mereka yang tidak tahu, Aquaman and the Lost Kingdom akan menjadi filem terakhir dalam DCEU lama, kerana francais akan menerima reboot di bawah pengawasan James Gunn dan Peter Safran dengan Superman: Legacy sebagai filem pertama. Kami tidak pasti sama ada Aquaman akan tampil dalam DC Universe serba baharu, tetapi khabar angin mengatakan bahawa Jason Momoa (a.k.a Aquaman) telah mengadakan perbincangan positif bersama Gunn dan Safran.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Aquaman, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AquamanAquaman and the Lost Kingdom
ShareTweetSend
Previous Post

RASMI! Netflix One Piece live-action dapat Season 2 bersama kemunculan Chopper!

Next Post

Gundam Akan Hadir Dengan Beberapa Game E-sukan Baru, Sedang dalam Pembangunan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Gundam Akan Hadir Dengan Beberapa Game E-sukan Baru, Sedang dalam Pembangunan!

Gundam Akan Hadir Dengan Beberapa Game E-sukan Baru, Sedang dalam Pembangunan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd