Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC expansion ‘Tales of Arise – Beyond the Dawn’ akan hadir November 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, JRPG, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC expansion ‘Tales of Arise – Beyond the Dawn’ akan hadir November 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco telah mengumumkan DLC expansion berskala besar Tales of Arise: Beyond the Dawn yang bakal dilancarkan pada 9 November. Diumumkan semasa acara State of Play, expansion ini menggambarkan dunia selepas kisah utama Tales of Arise, yang dikeluarkan pada September 2021.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran lebih jelas tentang jalan cerita:

Sinopsis

Kredit: Bandai Namco

Tales of Arise: Beyond the Dawn bermula satu tahun selepas kesimpulan kisah utama Tales of Arise. Alphen dan rakan-rakannya yang lain terperangkap dalam dilema di mana mereka dihormati sebagai “Hero” oleh warga Dahna manakala dicaci sebagai “Pemusnah” oleh warga Renan.

Secara kebetulan, Alphen dan rakan-rakan bertemu dengan seorang gadis muda bernama Nazamil, yang merupakan anak perempuan kepada seorang “Renan Lord” (yang dahulu menghalang pemain dalam cerita utama) dan seorang Dhanan. Adakah mereka mampu mengubah nasib gadis itu yang ditakdirkan untuk jatuh di bawah sumpahan?\

DLC ini mengajak semua pemain untuk menerokai dunia sekali lagi dengan ahli parti yang disatukan bersama oleh ikatan yang kukuh, alami cabaran baharu yang menarik dan lihat dunia yang dikenali serta semakin meluas sejak pengakhiran kisah asal.

Kredit: Bandai Namco

Apa yang baru?

Kredit: Bandai Namco

Selain jalan cerita, Bandai Namco tidak mendedahkan begitu banyak tentang pembaharuan tentang gameplay. Namun, mereka mengesahkan bahawa expansion ini akan menambah lebih 20 jam kandungan ke dalam game, menambah quest baharu, menambah dungeon baharu, dan akhir sekali menambah pertarungan bos yang sama epik.

Selain itu, walaupun Beyond the Dawn adalah sekuel kepada cerita utama, Bandai Namco mahu semua pemain menikmati game ini pada tahap reka bentuk yang sesuai. Oleh itu, beberapa kemahiran tertentu dan status lain disediakan pada permulaan DLC, tetapi mereka tidak akan memindahkan semua level dan status daripada game utama. Sebaliknya, Bandai Namco akan menyediakan bonus seperti wang dan skill point berdasarkan data game utama.

Kredit: Bandai Namco

Sekali lagi saya ingatkan, DLC Tales of Arise – Beyond the Dawn akan dilancarkan pada 9 November. Game ini kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Tags: DLCTales of Arise – Beyond the Dawn
ShareTweetSend
Previous Post

RASMI! Final Fantasy VII Rebirth akan tiba pada Februari 2024 untuk PS5! Info gameplay tambahan!

Next Post

Star Ocean The Second Story R Interview — Perubahan Baharu & Lama Yang Tersedia Dalam Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Star Ocean The Second Story R Interview — Perubahan Baharu & Lama Yang Tersedia Dalam Game!

Star Ocean The Second Story R Interview -- Perubahan Baharu & Lama Yang Tersedia Dalam Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd