MSI GF75 Thin 95C memang kena dengan namanya. Semasa unboxing, saya memang tertarik dengan betapa nipis dan anggun reka bentuk laptop ini. Dengan ukuran 2.5cm sahaja, GF75 Thin 95C lebih nipis daripada kebanyakan laptop gaming tradisional di luar sana.
Rangka badan yang nipis ini adalah satu fokus utama bagi pemain yang sering merantau. Pada 2.134kg, GF75 Thin 95C tidak akan memenatkan belakang anda dan hakikat bahawa ia sangat berkuasa dalam prestasi, membuat saya lebih jatuh cinta.
ESTETIK DAN REKA BENTUK!
Reka bentuk MSI GF75 Thin 9SC sangat lawa sekali. MSI telah memilih untuk rekaan yang lebih premium untuk laptop ini dan sentuhan aluminium pada penutup laptop adalah perubahan yang amat dialu-alukan berbanding plastik standard yang kami lihat dengan beberapa model lain mereka. Laptop ini mempunyai sistem “drop down hinge” yang daripada perspektif reka bentuk sebenarnya sangat membantu untuk beberapa sebab khusus.
PRESTASI TERBAIK WALAUPUN BADAN KECIL!
GF75 Thin 9Sc memang nampak hebat tapi adakah ia berfungsi dengan hebat? Intel 9th generation i7 9750h digunakan untuk laptop ini dan kuasa pemprosesannya mempunyai sedikit peningkatan berbanding generasi i7 8750h sebelumnya. Ini membuatkan MSI dan Intel amat bangga dengan fakta peningkatan prestasi 10% berbanding pemproses generasi i7 yang terdahulu. Pemacu NVME 500GB memastikan boot up yang pantas dan digandingkan dengan 16GB DDR4 RAM dan Nvidia GeForce® GTX 1650, GF75 Thin 9SC adalah laptop yang cukup hebat.
Kami juga menguji PlayerUnknown’s Battlegrounds dan ia berfungsi ini tanpa sebarang masalah pada setting Ultra, dengan kadar frame rate sehingga 70 FPS. Dalam ujian terakhir kami, kami cuba bermain Metro Exodus dan agak terkejut apabila permainan video tersebut default-kan diri ke High setting. Selain itu, framerate juga tidak lari daripada 53 sehingga 60 FPS bergantung kepada aksi di dalam permainan. Sejujurnya, ini perkara yang benar-benar menakjubkan.
JANGKA HAYAT BATERI & SISTEM PENYEJUKAN EFEKTIF
MSI GF75 Thin 9Sc mempunyai jangka hayat bateri 7 jam tetapi prestasi sebenar amat berbeza bergantung pada tetapan yang akan anda gunakan. Dalam ujian kami, kami bertahan sehingga 5 jam jangka hayat bateri daripada cas penuh dengan skrin pada kecerahan 25% dan fan control yang ditetapkan kepada auto.
Apabila sebuah laptop mengandungi 9th gen i7 processor yang garang dan GPU kuat yang mengikut standard hari ini, kepanasan pasti antara isu yang muncul dalam fikiran anda kan. Syukurlah auto fan control milik GF75 Thin 9Sc berfungsi dengan baik dalam menjaga suhu komputer riba anda. Pengguna boleh mengaktifkan kawalan kipas melalui MSI Dragon Center tetapi apabila diaktifkan, laptop akan menjadi gangguan bunyi.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, MSI GF75 Thin 9Sc ialah sebuah laptop hebat yang mempunyai kuasa pemprosesan kuat, kad grafik yang lawa dan jumlah RAM yang lebih daripada cukup. Satu-satunya kelemahan laptop ini ialah jangka hayat baterinya (tetapi mana-mana laptop pun tetap masalah kan? ?). Selepas segala yang dikatakan di atas, sukar untuk mencari kekurangan MSI GF75 9Sc atas alasan reka bentuknya yang ergonomik dan prestasi keseluruhan yang cemerlang.
@gamersantaimy
Discussion about this post