Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Muat turun Monster Hunter Now sekarang! Keluar di dunia sebenar & buru raksasa epik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2023
in Android, Artikel, Augmented reality (AR), Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Muat turun Monster Hunter Now sekarang! Keluar di dunia sebenar & buru raksasa epik!
Share on FacebookShare on Twitter

Masa untuk mula memburu kerana Monster Hunter Now kini tersedia untuk muat turun di iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play! Dihasilkan oleh Capcom dan Niantic, ini merupakan game AR spinoff di mana pemain harus keluar dan mulakan pengembaraan global untuk mencari dan memburu beberapa raksasa paling epik dari dunia Monster Hunter!

Sempena itu, anda boleh melihat trailer rasmi yang dibuat bersama kugiran One OK Rock:

Gameplay

  • Bergerak untuk Bermain: Dalam Monster Hunter Now, anda perlu keluar dari rumah dan bergerak secara fizikal untuk memburu raksasa yang telah muncul di dunia sebenar. Temui pelbagai raksasa bergantung pada habitat di sekeliling anda – Forest, Desert atau Swamp – dan melibatkan diri dalam pertempuran mendebarkan secara solo, atau bersama rakan-rakan Hunter lain untuk menentang raksasa besar tersebut.
  • Cari Monster walaupun tidak bermain secara aktif: Dengan Adventure Sync, anda boleh menggunakan Paintball untuk menandakan monster semasa meneroka bandar. Semasa meneroka, Palico anda boleh menandakan raksasa menggunakan Palico Paintball, walaupun anda tidak bermain secara aktif. Ini membolehkan anda kembali ke tempat sama pada waktu kemudian, serta memastikan aksi tidak pernah berhenti.
  • Weapon & Armor: Dengan pelbagai jenis senjata seperti Sword and Shield hingga ke Hammer dan Bow, anda perlu mengumpul bahan, bina dan upgrade senjata dan perisai untuk mengalahkan Monster tertentu. Selepas mengalahkan Monster, anda akan menerima bahan yang boleh digunakan untuk mencipta senjata dan perisai yang lebih kuat untuk memburu Monster yang lebih berbahaya. Kumpul sumber seperti Iron Ore dan Monster Bone untuk menempa perisai yang kuat bagi bertahan daripada serangan raksasa dahsyat.

Buat masa sekarang, game ini akan mengandungi Monster berikut untuk dikumpul: Great Jagras, Kulu-Ya-Ku, Pukei-Pukei, Barroth, Great Girros, Tobi Kadachi, Jyuratodus, Paolumu, Anjanath, Rathian, Legiana, Rathalos dan Diablos. Selain itu, enam senjata berikut boleh digunakan untuk mengalahkan mereka: Sword & Shield, Great Sword, Long Sword, Hammer, Light Bowgun, dan Bow.


Sekali lagi saya ingatkan, Monster Hunter Now tersedia sekarang untuk Android dan iOS secara ‘free-to-play’. Baca segala liputan kami tentang francais MH di SINI.

Download sekarang!
Monster Hunter Now
Publisher: Capcom
Developer: Niantic
Release Date: 2023-09-14
Android, iOS
Masa untuk mula memburu kerana Monster Hunter Now kini tersedia untuk muat turun! Dihasilkan oleh Capcom dan Niantic, ini merupakan game AR spinoff di mana pemain harus keluar dan mulakan pengembaraan global untuk mencari dan memburu beberapa raksasa paling epik dari dunia Monster Hunter!
Tags: MobileMonster Hunter Now
ShareTweetSend
Previous Post

Di Sebalik Tabir Alih Suara Jepun One Piece Live Action! Interview Khas Bersama Pelakon Suara Siri Anime!

Next Post

PS5 ada System Update baru – kini sokong ciri Dolby Atmos & M.2 SSD hingga 8TB!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
PS5 ada System Update baru – kini sokong ciri Dolby Atmos & M.2 SSD hingga 8TB!

PS5 ada System Update baru – kini sokong ciri Dolby Atmos & M.2 SSD hingga 8TB!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd