Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Di Sebalik Tabir Alih Suara Jepun One Piece Live Action! Interview Khas Bersama Pelakon Suara Siri Anime!

Maira by Maira
September 13, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Temuramah
0 0
0
Di Sebalik Tabir Alih Suara Jepun One Piece Live Action! Interview Khas Bersama Pelakon Suara Siri Anime!

Kredit: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan lepas, kami berpeluang untuk sertai acara khas One Piece live action yang dianjurkan oleh Netflix di Jepun! Semasa di sana, pelbagai aktiviti menarik yang telah kami sertai. Paling seronok sekali, kami berpeluang untuk bertemu dengan pelakon-pelakon suara anime One Piece di sana dan sempat bertanyakan beberapa soalan kepada mereka! Jadi tanpa membuang masa, berikut adalah hasil temu ramah pendek kami bersama barisan pelakon suara hebat ini!

Kredit: Netflix

Apa reaksi anda selepas mendapat berita bahawa One Piece akan mendapat adaptasi live action?

Hiroaki Hirata (Sanji): “Itu mustahil”, fikir saya.

Mayumi Tanaka (Monkey D. Luffy): Saya pun rasa begitu. Ada sedikit rasa risau.

Kappei Yamaguchi (Usopp): Saya fikir ianya hebat. Maksud saya, untuk hasilkan semula dunia (One Piece) dalam bentuk live action.

Hiroaki Hirata (Sanji): Memang hebat. Tapi saya tidak akan sempat untuk belajar bahasa Inggeris sebelum penggambaran.

Kappei Yamaguchi (Usopp): *Ketawa* Tetapi sudah bersedia (untuk penggambaran).

Hiroaki Hirata (Sanji): Memang sudah bersedia.

Kredit: Netflix

Krew Straw Hats versi live action sedikit berbeza dengan watak yang anda kenali. Adakah anda ada mengubah atau cuba biasakan diri dengan personaliti pelakon untuk sesuaikannya dengan siri live action?

Mayumi Tanaka (Monkey D. Luffy): Sudah tentu ada perbezaan antara bahasa Inggeris dan Jepun. Bahagian “Gomu Gomu”, Iñaki sebut “Gum Gum” tetapi saya sebut “Gomu Gomu no”, jadi saya ada tambah “no” padanya. Jadi ia akan sesuai dalam bahasa Jepun dan memelihara dialog bahasa Inggeris.

Kredit: Netflix

Akemi Okamura (Nami): Untuk anime, apabila anda membuka mulut, itulah masa untuk bernafas atau masa untuk bercakap. Tetapi anda menyuarakan orang sebenar untuknya (live action). Jadi mereka mempunyai cara bernafas tersendiri dan anda perlu sync dengan mereka. Ianya sedikit mencabar tetapi menyeronokkan.

Kazuya Nakai (Roronoa Zoro): Semasa pengembaraan bermula pada awalnya, Zoro mempunyai ekspresi yang banyak, dengan mata besar serta mulutnya yang dibuka secara luas. Mackenyu telah cipta Zoro yang cool dan tenang, memberikan satu cabaran baru untuk bawa watak (Zoro) yang berbeza.

Kredit: Netflix

Kappei Yamaguchi (Usopp): Bagi saya, untuk versi anime, kita mempunyai idea tersendiri yang akan diutamakan. Tetapi untuk siri ini, bersama Jacob, kami mencipta watak Usopp. Tetapi berbanding rasa sukar, saya rasa ia lebih menyeronokkan.

Hiroaki Hirata (Sanji): Semasa dubbing, kami ada dialog bahasa Inggeris dalam bentuk skrip. Dan apabila diterjemahkan, sudah tentu ia berubah mengikut penterjemah. Mereka akan cuba untuk jadikan dialog bahasa Inggeris lebih mudah untuk difahami dalam bahasa Jepun, termasuklah memelihara dunia One Piece. Jadi ia perlu hampir dengan “One Piece” pada dialog.

Jadi untuk mencerapnya agak sukar, tetapi kami boleh bertanya serta mendapatkan input mereka. Kami akan cuba untuk capai persetujuan yang sama untuk mendapatkan keseimbangan terbaik untuk versi dub. Jika dibandingkan versi dub, ada beberapa detik seperti aksi, ia mencabar tetapi ada beberapa detik yang berhasil dan terasa seperti “One Piece”.

Kredit: Netflix

Itu sahaja soalan yang kami sempat tanya kepada pelakon-pelakon suara One Piece. Terima kasih banyak-banyak kepada Netflix atas peluang yang berharga ini! Jangan lupa untuk tonton One Piece live action di Netflix sekarang! Untuk mendapatkan berita lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: one pieceOne Piece Live ActionOne Piece SeiyuuOne Piece Voice Actor
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Autumn Sale untuk PS4 & PS5 – Diskaun besar untuk game Sonic, Persona, Yakuza & Banyak Lagi!

Next Post

Muat turun Monster Hunter Now sekarang! Keluar di dunia sebenar & buru raksasa epik!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Muat turun Monster Hunter Now sekarang! Keluar di dunia sebenar & buru raksasa epik!

Muat turun Monster Hunter Now sekarang! Keluar di dunia sebenar & buru raksasa epik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd