Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Saga Ujian Chuunin tidak sepatutnya wujud” – Pencipta Naruto dipaksa oleh Editor!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
“Saga Ujian Chuunin tidak sepatutnya wujud” – Pencipta Naruto dipaksa oleh Editor!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu anime paling popular di seluruh dunia, Naruto amat terkenal kerana mempunyai berpuluh-puluh saga berbeza yang menarik. Namun, menurut kata penciptanya Masashi Kishimoto, “Saga Ujian Chuunin” – yang boleh diakui sebagai antara story arc paling ikonik dalam sejarah – tidak sepatutnya wujud dalam Naruto. Selepas mengalah kepada pujukan editor, dia akhirnya mencipta naratif hebat itu.

Jadi apa yang sebenarnya terjadi? Izinkan saya jelaskan!

Kredit: Studio Pierrot

Saga Ujian Chuunin merupakan salah satu naratif utama dalam Naruto selepas prolog, dan memperkenalkan banyak watak yang kemudian menjadi relevan dan penting untuk jalan cerita.

Secara am, Team 7 (Naruto, Sasuke, Sakura) masih meneruskan kehidupan biasa mereka sebagai genin. Pada suatu hari, mereka mendapat tahu bahawa Ujian Chuunin akan diadakan di Konoha dan memberi peluang kepada para genin untuk dinaikkan pangkat kepada chuunin. Maka, banyak pasukan pun menyertai ujian itu (yang kemudian menjadi asas pengenalan kepada majoriti rakan-rakan dan sahabat baik Naruto di dalam jalan cerita).

Tetapi rupanya, Masashi Kishimoto tidak menyangka kejayaan Chuunin Exam, seperti yang didedahkan dalam temu bual pada beberapa tahun lepas.

Kisah sebenar

Kredit: Studio Pierrot

Menurut Kishimoto sendiri, pelan asalnya adalah untuk memberi tumpuan kepada Naruto dan Team 7 sahaja lalu membuatkan mereka bertemu dengan shinobi-shinobi lain dari kampung berbeza semasa mereka menjalankan misi; berbanding memperkenalkan semua watak sekaligus.

Namun, editor-nya di Shueisha menganggap jenis naratif ini terlalu “perlahan”, lalu meminta Kishimoto untuk melakukan saga yang memfokuskan pada turnamen.

Hakikatnya, Kishimoto, sebenarnya membenci naratif turnamen dalam manga, dan enggan mengikut cadangan editornya untuk memasukkannya ke dalam Naruto. Beliau berkata ia akan “membunuhnya” (barangkali kerana amaun kerja), tetapi editornya menjawab: “Buat sahaja walaupun ia membunuh awak”.

Bukan itu sahaja; selepas Kishimoto mula menyukai naratif itu, dia diberi arahan untuk menghentikan peperiksaan tersebut untuk memperkenalkan Orochimaru sebagai antagonis baru.

Kredit: Studio Pierrot

Terbukti sukses!

Kredit: Studio Pierrot

Walaupun Kishimoto tidak berniat untuk mencipta cerita sebegitu, dia mengakui bahawa siri itu mula menjadi lebih popular kerana kisah turnament tersebut.

Seperti yang anda semua tahu, kisah turnament telah menjadi satu cliche dalam setiap anime aksi shōnen besar atas beberapa sebab. Paling utama sekali, ia memperkenalkan/mewujudkan identiti dan menjelaskan kuasa setiap watak, serta hubungan/persaingan mereka bersama protagonis atau watak tertentu.

Saga Ujian Chuunin juga menunjukkan kekuatan dan kelemahan setiap ninja serta aspirasi dan latar belakang mereka (impian yang mereka ingin capai dan aspirasi masing-masing). Semua orang pasti ingat pertarungan Gaara vs Rock Lee, Neji vs Hinata, Temari vs Shikamaru dan banyak lagi.

Secara keseluruhan, Kishimoto berjaya mencipta salah satu story arc turnmaen terbaik yang pernah wujud dalam sejarah anime/manga.

Kredit: Studio Pierrot

Jadi apa pendapat anda? Adakah Naruto masih akan berjaya tanpa Chuunin Exam Saga? Jom kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk baca segala liputan kami tentang francais Naruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chuunix Exam
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen 235: Sukuna & Mahoraga Tumpas! Gojo Kekal Sebagai Sorcerer Terkuat! [SPOILER]

Next Post

Boss Fight terlalu susah? Armored Core VI Patch 1.02 buat perubahan supaya lagi senang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
Boss Fight terlalu susah? Armored Core VI Patch 1.02 buat perubahan supaya lagi senang!

Boss Fight terlalu susah? Armored Core VI Patch 1.02 buat perubahan supaya lagi senang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd