Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beta Tertutup ENDLESS Dungeon Kini Bermula! Pra-tempah Sekarang untuk Akses!

Maira by Maira
September 8, 2023
in Artikel, Berita, Beta, Game, PC
0 0
0
Beta Tertutup ENDLESS Dungeon Kini Bermula! Pra-tempah Sekarang untuk Akses!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan sebelum ini, ENDLESS Dungeon akan memberikan akses kepada beta tertutup game kepada pemain yang pra-tempah game tersebut. Berita baiknya, beta tersebut telah pun tersedia sekarang! Bermula hari ini, 8 September sehingga 19 September, tempuhi cabaran hebat dalam beta tertutup ENDLESS Dungeon secara solo atau co-op sehingga tiga pemain.

Dalam ENDLESS Dungeon, anda akan mendapati diri anda terdampar di sebuah stesen angkasa misteri yang terbiar. Matlamat anda adalah untuk mencari jalan keluar sambil melindungi kristal anda daripada gerombolan raksasa…atau boleh sahaja ulanginya semula jika anda mati!

ENDLESS Dungeon Beta
Sumber: SEGA

Apa yang tersedia dalam Beta Tertutup ini?

Siap sedia untuk bertempur melawan boss baru dan raksasa, dan mula menemui lore daripada stesen! Berikut adalah kandungan hebat yang anda boleh buka:

  • 4 hero: Zed, Bunker, Blaze dan Shroom
  • 15 raksasa berbeza: Variasi Bug, Blob dan Bot
  • 5 daerah untuk diterokai: Astral Harbor, Devotion Garden, Labor Colony, Procedural Factory, Life Incubator
  • 2 boss: Cagekeeper dan Bug Momma
  • Multiplayer co-op sehingga 3 pemain
  • Pelbagai bahasa tersedia
ENDLESS Dungeon Beta
Sumber: SEGA

Akses percuma kepada kawan anda

Sebagai bonus istimewa, pada Steam sahaja, sesiapa sahaja yang mempunyai game versi Last Wish Edition akan menerima dua lesen tambahan untuk versi game “multiplayer sahaja” khas yang boleh mereka hadiahkan kepada dua rakan melalui sistem hadiah Steam. Akses ini hanya akan bertahan selama tempoh Beta Tertutup.

Sumber: SEGA

Streamer terpilih juga akan turut berikan kod akses “multiplayer sahaja” melalui Twitch drop. Jadi jangan lupa untuk menonton strim tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game, boleh klik pautan ini.

Tags: Amplitude StudioEndless Dungeonsega
ShareTweetSend
Previous Post

EA Sports UFC 5 Bakal Lancar 27 Oktober ini di PS5 & Xbox Series! Pra-tempah Sekarang!

Next Post

Syarikat Gaming Korea NX3 & Smilegate Berminat Dengan Malaysia, Bakal Tubuhkan Pejabat Serantau

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Syarikat Gaming Korea NX3 & Smilegate Berminat Dengan Malaysia, Bakal Tubuhkan Pejabat Serantau

Syarikat Gaming Korea NX3 & Smilegate Berminat Dengan Malaysia, Bakal Tubuhkan Pejabat Serantau

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd