Hari ini, Electronic Arts dan Codemasters mengumumkan secara rasmi bahawa EA Sports WRC akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam, Epic Games Store, EA App) pada 3 November. Bagi mereka yang berminat, pre-order digital tersedia sekarang dan mempunyai akses awal selama tiga hari kepada game; Livery dan pek apparel untuk Ford, Toyota dan Hyundai; dan VIP Rally Pass untuk lima musim dalam permainan.
Bagi mereka yang kurang tahu, EA Sports WRC (juga dikenali sebagai WRC) adalah berdasarkan sukan lumba kereta rally dan merupakan game pertama untuk memegang lesen rasmi World Rally Championship sejak Colin McRae Rally 3 pada tahun 2002.
EA Sports WRC akan menampilkan 10 kereta jenis ‘Groups Rally’ daripada World Rally Championship, termasuk tiga kenderaan seperti Ford Puma, Hyundai i20 N dan Toyota GR Yaris serta tujuh kereta lain daripada kategori sokongan lain,kereta daripada World Rally Championship-2 dan Junior World Rally Championship, serta 68 kereta rally klasik.

Berikut adalah sorotan-sorotan game ini:
- Buat Kereta Sendiri – Reka dan pandu kereta rally idaman anda dengan debut Builder mode.
- Jadi Berita Sensasi – Berlumba dan atasi acara terbaharu bersama sorotan dunia sebenar dan imbasan nostalgia dalam mode Moments.
- Sistem Pengendalian Dinamik – Sistem pengendalian kenderaan oleh Codemasters telah ditambah baik untuk WRC. Ubahsuai supaya sepadan dengan tahap kemahiran anda dan uji permukaan lumba.
- Lebih Imersif – Berseronoklah dalam momen-momen euforia sambil bertarung dengan pelbagai unsur seperti tanah, salji dan asfalt semasa mengejar tempat nombor satu
- Autentik – Dibina dengan pengalaman selama lebih 25 tahun, pandu kereta WRC, WRC2 dan Junior WRC, dengan pemandu, pasukan dan liveri dari musim 2023. Cabar diri anda dan memandu kereta WRC epik dan 70 kenderaan bersejarah.
- Lawat Seluruh Dunia – Dari Monte Carlo dan Portugal ke Kenya dan Jepun, berlumba di 17 lokasi WRC dengan lebih 200 litar semasa pelancaran.
- Pengalaman Lengkap – Pelbagai mode disediakan termasuk Career, Championship, Time Trial, Multiplayer antara cross-platform, Regularity Rally, editor livery yang terperinci dan banyak lagi.


Sekali lagi saya ingatkan, EA Sports WRC akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam, Epic Games Store, EA App) pada 3 November.
@gamersantaimy
Discussion about this post