Filem stop-motion yang dinantikan ramai, Chicken Run: Dawn of the Nugget akhirnya mendapat trailer rasmi oleh Netflix! Bukan setakat itu sahaja, visual utama pertama turut dilepaskan. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Untuk pengetahuan anda, filem ini merupakan sekuel kepada filem Chicken Run yang ditayangkan pada 2000. Selepas 23 tahun sejak filem pertama, kita akhirnya dapat melihat kehidupan Ginger selepas filem pertama. Ingatkan mereka akan sentiasa aman. Tetapi selepas melihat trailer rasmi tersebut, nampaknya kita akan bertemu semula dengan musuh Ginger, Melisha Tweedy ataupun lebih dikenali sebagai Mrs. Tweedy.
Diarahkan oleh Sam Fell, filem ini adalah sekuel yang dinanti-nantikan kepada filem animasi stop-motion yang paling digemari dan mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman, Chicken Run. Filem ini dibintangi oleh Thandiwe Newton (Ginger), Zachary Levi (Rocky), Bella Ramsey (Molly), Imelda Staunton (Bunty), Lynn Ferguson (Mac), David Bradley (Fowler), Jane Horrocks (Babs), Romesh Ranganathan (Nick), Daniel Mays (Fetcher), Josie Sedgwick-Davies (Frizzle), Nick Mohammed (Dr Fry) dan Miranda Richardson (Mrs. Tweedy).

Berikut adalah sinopsis untuk filem:
Setelah melarikan diri dari ladang Tweedy, Ginger akhirnya menemui impiannya – sebuah lokasi yang aman untuk seluruh kawannya, jauh dari bahaya manusia. Apabila mereka ada anak bernama Molly, semuanya nampak lengkap. Tetapi di tanah besar, nampaknya semua orang menghadapi ancaman baru lagi dahsyat. Bagi Ginger, walaupun ia mengancam kebebasan mereka, mereka akan cuba sedaya upaya untuk membantu!

Chicken Run: Dawn of the Nugget akan tersedia di Netflix pada 15 Disember 2023! Anda yang menantikannya boleh tekan butang “Remind Me” di halaman Netflix. Untuk mendapatkan berita terkini mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post