Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lenovo Legion Go rasmi diumumkan – handheld gaming baru harga sekitar RM4000+! 

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, Komputer, Teknologi
0 0
0
Lenovo Legion Go rasmi diumumkan – handheld gaming baru harga sekitar RM4000+! 
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo akhirnya memasuki segmen handheld gaming dengan pengenalan produk baru bernama Lenovo Legion Go. Khususnya, mereka mengumumkan produk ini beberapa hari lepas – yang sepatutnya menjadi pesaing baru kepada Steam Deck dan ROG Ally.

Anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran umum:

Sebagai PC jenis handheld, peranti ini menampilkan LCD 8.8 inci dengan resolusi QHD+ (1,600 x 2,560px) dan kadar segar semula 144Hz. Panel skrin sentuh menawarkan aspek ratio 16:10 dan kecerahan sehingga 500 nits. Ia menyokong pelbagai resolusi daripada 1600p hingga 800p dan boleh menurunkan kadar segar semula kepada 60Hz untuk pengurusan kuasa yang lebih baik.

Pada masa yang sama, Lenovo nampaknya mengambil inspirasi daripada Nintendo Switch dan melengkapkan Legion Go dengan controller boleh tanggal bernama Legion TrueStrike dan kickstand.

Kredit: Lenovo

Controller ini menampilkan joystick jenis Hall Effect dan pelbagai butang termasuk touchpad, 10 butang trigger yang boleh disusun fungsinya dan scroll wheel. Bukan itu sahaja, controller kanan juga boleh digunakan sebagai tetikus dan mempunyai sensor optik di bahagian bawah seperti tetikus sebenar.

Daripada segi perkakasan, Lenovo menggunakan cip AMD Ryzen Z1 yang boleh dikonfigurasi sehingga Z1 Extreme manakala GPU adalah kad grafik RDNA 3. Legion Go boleh dikonfigurasikan dengan sehingga 1TB PCIe Gen4 SSD (M.2 2242) dan slot kad mikroSD menyokong storan tambahan sehingga 2TB. Semua model datang dengan 16GB LPDDR5x RAM yang berjalan pada 7,500 MHz.

Kredit: Lenovo

Spesifikasi canggih tapi risau panas dalam? Penyejukan dikendalikan oleh sistem penyejukan terma khusus yang terdiri daripada kipas bilah polimer cecair maksima 25dB sambil berjalan pada 25W jumlah kuasa grafik (TGP) dalam Custom Mode.

Dari segi I/O, peranti memiliki dua port USB-Type C (USB 4.0, DisplayPort 1.4, Power Delivery 3.0), slot microSD dan bicu audio 3.5mm. Legion Go juga mempunyai sambungan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2. Bahagian perisian dilengkapi oleh Windows 11 Home dengan overlay khas bernama Legion Space – yang mengumpulkan semua game dan launcher.

Kredit: Lenovo

Akhir sekali, Legion Go dilengkapi dengan bateri dua sel 49.2Wh dan 65W PD charger yang menyokong pengecasan pantas 0-70% dalam masa 30 minit. Legion Go juga menyokong power bypass mode semasa bermain game yang membantu mengekalkan kesihatan bateri. Lenovo menghantarnya dengan pengecas PD 65W.


Kredit: Lenovo

Buat masa ini, Lenovo Legion Go tidak diumumkan untuk pasaran Malaysia tetapi menurut maklumat rasmi, peranti ini akan dikeluarkan pada November 2023 pada harga €799 euro (anggaran RM4,015.87).

(Data pertukaran wang setakat 4 September 2023)

Tags: handheld gamingLenovo Legion Go
ShareTweetSend
Previous Post

Godzilla Minus One – Kaiju kembali mengganas dalam trailer baru!

Next Post

Samba de Amigo: Party Central tambah mode battle royale World Party & banyak lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Samba de Amigo: Party Central tambah mode battle royale World Party & banyak lagi!

Samba de Amigo: Party Central tambah mode battle royale World Party & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd