Korang ingat tak minggu lalu kami ada kongsikan kebocoran musim kelapan untuk PUBG Mobile? Nampaknya kebocoran tu semua memang betul! Kemaskini Patch Note v0.13.5 kini hadir dan memberi banyak kelainan di dalam PUBG Mobile! Kehadiran senjata baru, mod HDR, Baju, Skin serta paparan PUBG Mobile Tema Lautan dan banyak lagi yang pasti buat korang akan beli UC nanti! Selain itu, pelbagai perubahan UI, Bugs yang dibetulkan, serta Pass Royale Musim ke lapan turur hadir untuk acara terbaru didalam PUBG Mobile ini. Pemain yang mengemas kini sebelum 22 Julai turut akan mendapat ganjaran Parachute Trail dan 1,888 BP.
Kemaskini terbaru ini akan memakan saiz sebanyak 181MB untuk iOS dan 158MB untuk Android. Kalau korang boleh perasan sendiri PUBG Mobile turut memberi notis ketika di lobi permainan menyatakan versi terbaru akan bermula dari 16 Julai iaitu semalam. Pasti ramai yang dah nampak perubahan dan hanya menunggu Pas Royale dibuka dan ranking reset.
Kalau korang boleh perasan sendiri lepas kemaskini ini, terdapat sejenis senjata baru SMG yang dipanggil PP-19 Bizon telah pun ditambah di dalam permainan. Tapi ianya hanya terdapat di map Erangle dan Vikendi. Perkakas sangat mudah untuk senjata ini, hanya scope dan muzzle yang diperlukan dan purata tembakan hampir sama seperti senjata UMP.
Kemaskini bagi pas royale musim kelapan ditambah pelbagai barangan! Keseluruhan baju musim kelapan boleh didapati sejurus pemain mendapat ranking tier Gold. Tema lautan dengan pelbagai baju yang seperti dikongsikan serba sedikit di kebocoranya minggu lalu nampaknya memang akan ada. Ya! Tidak terlupa juga tambah senarai kawan dan korang boleh meminta kawan-kawan korang untuk memberi Pas Elite dan juga Pas Elite Plus. Jadi dibawah ini merupakan ganjaran-ganjaran melalui level di pas Royale korang boleh dapat;
Selain itu, tetapan terbaru untuk mod grafik HDR kini boleh diguna untuk telefon pintar bergrafik tinggi. Jadi pemain bermain dengan kepuasan untuk visual yang lebih jelas dan perjalanan permainan yang lancar. Kemudiam jika mana-mana clan atau tour yang nak buat room kini ada pilihan TPP (Third Person Perspective) untuk mod Team Deathmatch. Didalam Patch Note ini turut menyatakan tema PMCO juga akan ditambah dalam bulan ini serta misi terbaru yang akan mendapat ganjaran lagu tema terbaru Alan Walker.
Okay korang boleh lihat sendiri patch note selebihnya di laman web PUBG Mobile. Jangan tunggu lama-lama, kemaskini PUBG Mobile sekarang!
Sumber: PUBG Mobile
@gamersantaimy
Discussion about this post