Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Godzilla Minus One – Kaiju kembali mengganas dalam trailer baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2023
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Godzilla Minus One – Kaiju kembali mengganas dalam trailer baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dikeluarkan pada 3 November di Jepun, filem Godzilla Minus One baru sahaja mengeluarkan trailer baru yang menunjukkan watak utamanya mengganas di dunia sebenar. Sebagai filem live-action terbaru dalam francais sejak tayangan Shin Godzilla pada tahun 2016, ramai yang tidak sabar untuk melihat kebangkitan raksasa ikonik ini. Malangnya, Godzilla Minus One masih belum mendapat tarikh tayangan rasmi di Malaysia.

Anda boleh tonton dahulu trailer Godzilla Minus One terbaru di bawah:

Secara ringkas, Godzilla Minus One merupakan filem Jepun kaiju yang diarahkan, ditulis dan menampilkan kesan visual oleh Takashi Yamazaki. Dihasilkan oleh Toho Studios dan Robot dan diedarkan oleh Toho Co., Ltd., ia merupakan filem ke-37 dalam francais Godzilla , filem Godzilla yang ke-33 oleh Toho dan filem kelima dalam zaman Reiwa francais itu.

Kredit: TOHO

Barisan pelakon yang disahkan termasuk:

  • Ryunosuke Kamiki sebagai Koichi Shikishima
  • Minami Hamabe sebagai Noriko Oishi
  • Yuki Yamada sebagai Shiro Mizushima
  • Munetaka Aoki sebagai Sosaku Tachibana
  • Hidetaka Yoshioka sebagai Kenji Noda
  • Sakura Ando sebagai Sumiko Ota
  • Kuranosuke Sasaki sebagai Yoji Akitsu

Malangnya, pengaruh dan kaitan watak dalam jalan cerita tidak dijelaskan. Bukan itu sahaja, trailer Godzilla Minus One di atas juga tidak mendedahkan banyak butiran tentang jalan cerita, tetapi menurut sinopsis rasmi (yang sangat-sangat pendek), Jepun mesti menangani kemunculan Godzilla selepas Perang Dunia ke-2:

“Selepas Perang Dunia ke-2, keadaan ekonomi Jepun telah berkurangan kepada sifar. Godzilla muncul dan menjerumuskan negara ke dalam keadaan negatif.” – Sinopsis rasmi

Kredit: TOHO

Walaupun begitu, Yamazaki telah menjelaskan pandangan dan visinya untuk filem itu dan berkata:

“Jepun selepas perang telah kehilangan segala-galanya. Filem ini menggambarkan situasi yang menunjukkan keputusasaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”

“Godzilla Minus One dicipta dengan pemikiran ini. Untuk menggambarkan perkara ini, kakitangan dan saya telah bekerjasama untuk mencipta suasana di mana Godzilla kelihatan jika “ketakutan” sendiri berjalan ke arah kita, dan di mana keputusasaan bertimbun.””

“Saya rasa ini adalah kemuncak semua filem yang saya buat setakat ini, dan filem yang patut “dialami” dan bukannya “ditonton” dalam teater. Saya harap anda akan mengalami Godzilla yang paling menakutkan dalam persekitaran yang terbaik.”

Kredit: TOHO

Untuk membaca segala berita kami tentang francais Godzilla, sila tekan pautan ini.

Tags: filemGodzillaGODZILLA MINUS ONE
ShareTweetSend
Previous Post

Event Anime, Cosplay & Game yang Akan Berlangsung Sepanjang September 2023 di Malaysia!

Next Post

Lenovo Legion Go rasmi diumumkan – handheld gaming baru harga sekitar RM4000+! 

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Lenovo Legion Go rasmi diumumkan – handheld gaming baru harga sekitar RM4000+! 

Lenovo Legion Go rasmi diumumkan - handheld gaming baru harga sekitar RM4000+! 

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd