Hari terakhir Busan Indie Connect Festival 2023 (BIC 2023) masih meriah. Kami juga masih lagi mencuba pelbagai game yang ada di sana. Kami telah diberi peluang untuk mencuba sebuah game yang bertajuk “Liora and the Eden of Stars”, yang merupakan sebuah game rhythm yang mudah. Kalau anda ingin tahu, ia telah dibangunkan oleh sekumpulan empat orang di Quesera Games. Jom kami ceritakan sedikit sebanyak mengenainya.

Liora anda the Eden of Stars merupakan game rhythm yang mempunyai persembahan yang cantik serta muzik yang hebat. Kami terasa seperti melihat persembahan opera yang menggunakan boneka. Tetapi persembahan tersebut perlu dilakukan oleh pemain sendiri menggunakan irama. Anda yang telah dijemput ke sebuah teater misteri, perlu membina pentas dan mengharungi cabaran dalam setiap stage.

Menurut kumpulan pembangun, mereka telah menghasilkan demo game tersebut selama tiga bulan dan mungkin dilancarkan pada tahun ini. Mereka turut merancang untuk melepaskannya di PC, mobile dan konsol sebab ia mudah untuk dimainkan. Anda boleh ikuti akaun Twitter rasmi Liora untuk mendapatkan kemas kini mengenainya. Sudah tentu lebih banyak stage yang akan tersedia dalam versi penuh nanti. Anda boleh tonton video gameplay kami di bawah untuk gambaran penuh gameplay.
BIC 2023 sedang berlangsung di BEXCO, Busan, Korea Selatan. Untuk info lanjut mengenainya, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post