Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Samurai Shodown Review – Semangat samurai SNK kembali!

Kelip sekali dah cukup untuk terlepas.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
Samurai Shodown Review – Semangat samurai SNK kembali!
Share on FacebookShare on Twitter

Tanpa banyak sembang, ini ialah Samurai Shodown terbaik antara semua judul di dalam sirinya! Walaupun tidak ada penekanan pada kombo sukar atau serangan super — Samurai Shodown lebih kepada sisi strategi seperti mencari jarak paling efektif untuk watak pemain, mengumpan pihak lawan untuk membuat kesilapan, dan menggunakan atau memanfaatkan setiap peluang sedaya upaya anda. Walaupun pada tahap yang paling asas, Samurai Shodown masih ialah satu permainan video yang bersifat tegang.

Sejarah Samurai Shodown yang dahulu tenggelam

Bagi mereka yang tidak tahu, Samurai Shodown (2019) keluar selepas lebih sedekad pelancaran pendahulunya, Samurai Shodown Sen. Oleh itu, ia telah dilabelkan sebagai reboot. Dengan menggunakan Unreal Engine 4, SNK berhak mendapat kredit untuk mengembalikan siri itu menjadi popular dengan peningkatan visual yang indah. Walaupun tidak sekemas seperti Dragon Ball FighterZ, tetapi berterima kasih kepada palet warna yang sangat cantik serta banyak animasi serangan hebat, ia menjadi judul yang tidak dapat dinafikan kehebatannya. Daripada segi penyampaian juga, dengan mengaplikasikan ciri-ciri Jepun tradisional, Samurai Shodown sangat memuaskan untuk mata.

Setelah berkata semua itu, Samurai Shodown mengekalkan elemen retro-nya — tetapi ini bukan perkara buruk. Di satu generasi di nama judul permainan video bernama besar seperti Tekken 7 dan Street Fighter V telah menyingkirkan single-player content (sekurang-kurangnya pada pelancaran) — Samurai Shodown memilih pendekatan old-school. Samurai Shodown mempunyai Story Mode Arcade lengkap dengan adengan opening dan ending adegan untuk setiap watak. Ia adalah satu struktur atau formula, yang tidak tahu mengapa, telah dianggap ketinggalan zaman oleh kebanyakkan developer, tetapi saya dan peminat setia masih cintakan Story Mode untuk setiap individu. Saya sendiri akan bermain mode Arcade yang menumpukan jalan cerita pada setiap watak berbanding sebuah kisah cinematic yang merepek.

Sistem Pertempuran Mudah tetapi Berisiko!

Jangan biarkan penampilan game ini menipu anda. Samurai Shodown sebenarnya agak mudah untuk main. Semuanya berpandukan empat jenis serangan utama: Light Blow, Medium Blow, Heavy Blow, dan Kick. Kekurangan pada kombo bermakna anda akan menyerang satu per satu serangan pada satu masa, jadi ini semua lebih tertumpu kepada serangan manakah yang paling berkesan pada situasi yang berbeza. Light Blow dan Kick sangat bagus untuk membuka ruang serangan, manakala Medium Blow boleh menghukum pihak lawan yang overextend. Sekali lagi, pemain sendiri harus pertimbangkan cara pendekatan mereka.

Tetapi, sebenarnya Heavy Attack yang menjadi identiti sebenar Samurai Shodown. Walaupun ia perlahan, Heavy Blow sangat bahaya dan boleh mengambil satu suku daripada health bar anda. Ia sangat bahaya sehingga seluruh pusingan boleh dimenangi atau kalah dalam masa beberapa saat sahaja. Ancaman ini memberi Samurai Shodown sebuah intensiti yang fighting game lain sangat-sangat inginkan, dan semuanya berkisarkan Risk vs Reward. Seperti yang disebut di atas, Heavy Attack sangat perlahan, dan jika ditahan, akan memberi pelbagai peluang kepada musuh. Pemain baru mungkin akan merasa susah untuk menanganinya pada awal permainan, tetapi selepas mahir, pasti korang hargai betapa seronoknya permainan video ini.

Selain daripada Basic Kick dan perubahan senjata, setiap watak juga mempunyai beberapa Special Move sendiri. Ini terdiri daripada serangan lontaran maut sehingga posisi berdiri yang boleh balas serangan yang bakal tiba. Setiap watak mempunyai Special Move sendiri dan ini memberi satu kepuasan unik kepada mereka. Benar, dengan hanya 16 playable character, pilihan watak Samurai Shodown tidak begitu luas, tetapi setiap pahlawan sangat berbeza dalam gaya permainan mereka dan juga penampilan

Sistem Permainan

Dalam jabatan gameplay, berdasarkan masa kita sejak pelancarannya, Samurai Shodown memang gempak gila! Memuaskan dan banyak ganjaran, ia merupakan gabungan hampir sempurna untuk aksi serang dan mengelak, dan saat-saat mendebarkan hati kerana menunggu masa yang sesuai untuk menyerang. Kami tidak dapat memikirkan fighting game lain yang berjaya menangkap ciri-ciri “stop” dan “start” sebuah pertempuran maut selain daripada ini. Memang terasa seperti sebuah pertempuran maut antara samurai cuma dihidupkan dalam bentuk permainan video.

Selain itu, Samurai Showodwn mempunyai mode Classic Survival, Time Attack dan Versus. Yang paling menarik saya ingin menerangkan di sini ialah mode Dojo, yang membolehkan anda melawan ‘”hantu” pemain lain. Yang menariknya ialah, permainan ini membina salinan-salinan baru untuk watak anda yang juga belajar daripada kesilapan. Ia belajar serangan yang anda gunakan dan bagaimana anda bergerak, dan mengubah tabiat anda menjadi pihak lawan yang dikawal oleh komputer. Kami telah melawan beberapa “hantu” sudah, tetapi kebanyakan hanya mempunyai satu cara serangan tertentu. Kami mengandaikan bahawa apabila semakin ramai orang bermain Samurai Shodown, setiap hantu akan secara beransur-ansur menjadi lebih pintar, tetapi buat masa ini, mode Dojo ialah sebuah konsep yang menarik.

Kesimpulan

Samurai Shodown kembali dan memang boleh dikatakan lebih baik daripada sebelumnya. SNK telah memberi sebuah permainan video pertempuran yang benar-benar mendebarkan hati, di mana apa-apa situasi boleh berubah dalam sekelip mata, dan rasa ketegangan yang berterusan telah mewujudkan pengalaman yang amat unik. Dengan konsep pahlawan yang menggunakan kombo-berat pantas, Samurai Shodown menonjol sebagai permainan video pertempuran yang menguji tahap kecekapan mata, minda, dan refleks. Boleh didapati sekarang di pelantar PC, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, dan Google Stadia! Jangan terlepas!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Samurai Shodown

8 Score

Samurai Shodown kembali dan memang boleh dikatakan lebih baik daripada sebelumnya. SNK telah memberi sebuah permainan video pertempuran yang benar-benar mendebarkan hati, di mana apa-apa situasi boleh berubah dalam sekelip mata, dan rasa ketegangan yang berterusan telah mewujudkan pengalaman yang amat unik.

PROS

  • Sistem pertempuran mudah belajar untuk pemain baru.
  • Pilihan watak yang sangat bervariasi daripada lama sehingga baru.

CONS

  • Tidak banyak single-player content.

Review Breakdown

  • Dengan konsep pahlawan yang menggunakan kombo-berat pantas, Samurai Shodown menonjol sebagai permainan video pertempuran yang menguji tahap kecekapan mata, minda, dan refleks. 0
Tags: google stadiamode Dojonintendo switchPCPlayStation 4Samurai ShodownSNKStory Mode ArcadeUnreal Engine 4Xbox One
Previous Post

Vegeta, Piccolo, dan Gohan akan meyertai Goku sebagai Playable Character di Dragon Ball Z: Kakarot!

Next Post

Moonton Epicon 2019: Mobile Legends Bang Bang 2.0 Dinaiktaraf dan Pra pendaftaran untuk Mobile Legends Adventure kini dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Moonton Epicon 2019: Mobile Legends Bang Bang 2.0 Dinaiktaraf dan Pra pendaftaran untuk Mobile Legends Adventure kini dibuka!

Moonton Epicon 2019: Mobile Legends Bang Bang 2.0 Dinaiktaraf dan Pra pendaftaran untuk Mobile Legends Adventure kini dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd