Busan Indie Connect Festival 2023 (BIC 2023) telah memaparkan pelbagai game indie daripada pembangun indie seluruh dunia. Sudah tentu ada dalam kalangan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang tampil dengan projek hebat mereka. Salah satu projek indie yang menarik perhatian kami adalah game bertajuk PIO. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan projek portfolio mereka untuk graduasi kolej mereka di bawah nama “Team. 별의별”. Anda boleh lihat video gameplay khas PIO di bawah.
Tengok pada video sahaja tidak puas, jadi kami turut mencubanya semasa di BIC 2023. Gaya gameplay untuk PIO agak menarik bagi kami. Kita cuma perlu klik dan hit kotak-kotak yang muncul untuk mengalahkan musuh. Kadang-kadang kita boleh jumpa satu kunci yang boleh unlock semua kotak untuk menyerang musuh yang sedang kita hadapi. Kotak-kotak tersebut bukan hanya untuk menyerang tetapi boleh juga digunakan untuk teleport dan heal.
Muzik dia boleh tahan hebat juga. Lebih menarik sekali, Team. 별의별 sendiri telah menghasilkan muzik untuk game tersebut.

Anda mungkin berpeluang untuk mencuba game ini kerana mereka merancang untuk melepaskan game ini di Steam pada bulan Disember nanti. Kalau demo tersedia nanti, bolehlah anda mencubanya! Nantikan liputan lain mengenai game indie di BIC 2023 melalui pautan ini.
BIC 2023 sedang berlangsung di BEXCO, Busan, Korea Selatan. Untuk info lanjut mengenainya, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post