Baru dilancarkan hujung lepas, ternyata Pokémon Sleep cukup popular di seluruh dunia kerana The Pokémon Company hari ini berkongsi bahawa game tersebut telah meraih lebih 10 juta muat turun! Sempena pencapaian ini, pengguna Pokémon Sleep (tersedia untuk iOS dan Android) boleh menerima pelbagai ganjaran in-game, mulai sekarang hingga Jumaat, 22 September iaitu:

- Sleep Point ×1,000
- Good Camp Ticket ×1
- Poké Biscuit × 5
- Ingredient Ticket S ×3
Bagi mereka yang kurang tahu, Good Camp Ticket ialah item istimewa yang membolehkan pemain meminjam Good Camp Set selama tujuh hari – untuk membantu dalam “research” dan bantu menjaga Snorlax. Pokémon tambahan akan berkumpul semasa penyelidikan tidur, dan jika anda memberikannya Poké Biscuit semasa waktu makan, anda akan mendapat tiga kali ganda jumlah friendship point.
Menggunakan Good Camp Ticket juga akan mempunyai efek lain, seperti meningkatkan saiz cooking pot sebanyak 50% dan mempercepatkan bantuan yang diperoleh daripada Pokémon helper. Anda boleh menggunakan Ingredient Ticket untuk mendapatkan pelbagai bahan bagi menjaga Snorlax dengan lebih baik.
Selain ganjara yang disebutkan tadi, acara The Good Sleep Day akan diadakan mulai hari Rabu 30 Ogos, sehingga Jumaat 1 September 2023. Dalam event ini, Drowsy Power akan digandakan sebanyak x1.5 hingga x2 bergantung kepada fasa bulan! Selepas itu, acara ini akan diadakan sebulan sekali selama tiga hari: pada hari bulan purnama dan hari-hari sebelum dan selepasnya.

Rumusan:

Kalau dalam game Pokemon lain, anda perlu lengkapkan Poke Dex, tetapi berbeza dengan Pokemon Sleep, anda akan lengkapkan Sleep Style Dex. Pokémon Sleep memantau tidur pemain dan memberi ganjaran untuk tidur yang sihat dan lama. Lebih bagus anda tidur, lebih banyak Pokemon yang tertarik dengan anda. Untuk rumusan lebih lengkap, anda boleh baca artikel kami di SINI.
Jika berminat, jangan tunggu lagi. Muat turun Pokemon Sleep sekarang di Android ataupun iOS, alang-alang ia kini tersedia di Malaysia! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post