Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Waifu Anime Terbaik daripada Siri Musim Panas 2023! (Menurut Peminat Jepun)

Maira by Maira
August 24, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
5 Waifu Anime Terbaik daripada Siri Musim Panas 2023! (Menurut Peminat Jepun)
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir semua siri anime untuk musim ini semakin hampir ke penamatnya. Sudah tentu ramai peminat sudah mempunyai watak kegemaran masing-masing. Baru-baru ini, peminat anime Jepun telah mengundi watak waifu terbaik untuk musim ini dan keputusannya telah pun dikeluarkan. Jom kita lihat lima waifu terbaik yang dipilih oleh peminat anime Jepun untuk anime musim panas 2023!

5. Kyouko Hori (Horimiya: The Missing Pieces)

Sumber: CloverWorks

Siri anime Horimiya kembali dengan adaptasi baru yang membawa babak-babak menarik manga dalam bentuk animasi. Dalam adaptasi ini, peminat dapat melihat sisi lain Kyouko yang tidak ditayangkan dalam siri anime pertama.

4. Ai Mie (The Girl I Like Forgot Her Glasses)

Sumber: GoHands

Watak utama daripada siri “The Girl I Like Forgot Her Glasses” ini telah menarik perhatian ramai penonton. Lebih-lebih lagi melihat gelagatnya bersama Komura yang sentiasa malu apabila bersamanya.

3. Riko Amanai (Jujutsu Kaisen)

Sumber: MAPPA

Seorang gadis yang terlibat dengan dunia sorcerer, ditemani oleh Gojo dan Geto yang hadir untuk melindunginya. Walaupun watak ini tidak kekal dengan begitu lama dalam musim 2 Jujutsu Kaisen, dia masih berjaya mendapatkan perhatian penonton.

2. Miyo Saimori (My Happy Marriage)

Sumber: Kinema Citrus

Semasa penonton diperkenalkan dengan Miyo, kita melihat kehidupannya yang disisih oleh ahli keluarga serta dilayan seperti bibik. Tetapi selepas bertemu dengan Kiyoka, kita melihat dia sedikit demi sedikit menunjukkan perasaannya serta merasai kehidupan yang baru. Ditambah pula dengan visual anime yang memukau, tidak peliklah mengapa ramai yang suka kepada Miyo.

1. Shoko Ieiri (Jujutsu Kaisen)

Sumber: MAPPA

Kita telah berjumpa dengan Shoko dalam musim pertama dan akhirnya dapat melihat zaman remajanya bersama Gojo dan Geto. Perwatakannya yang nampak matang dan cool itu membuatkan ramai yang jatuh cinta padanya!


Undian ini telah pun dibuat oleh laman web AnimeAnime dan telah mendapat lebih daripada 1001 undian. Anda boleh lihat keputusan penuh melalui pautan ini.

Apa pendapat anda tentang keputusan waifu terbaik ini? Boleh tinggalkan pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita menarik tentang anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Anime WaifuBest Waifu Summer 2023waifuWaifu terbaik Summer 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Samba de Amigo: Party Central – Info mode StreamiGo!, watak baru & banyak lagi!

Next Post

Boleh pandu & bertukar, orang awam boleh beli Robot sebenar berharga RM12 juta!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Boleh pandu & bertukar, orang awam boleh beli Robot sebenar berharga RM12 juta!

Boleh pandu & bertukar, orang awam boleh beli Robot sebenar berharga RM12 juta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd