Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Concert Tour Akan Diadakan di Malaysia pada Oktober Ini! [UPDATE]

Maira by Maira
August 23, 2023 - Updated on August 24, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Game, Tempatan
0 0
0
Genshin Concert Tour Akan Diadakan di Malaysia pada Oktober Ini! [UPDATE]
Share on FacebookShare on Twitter

Selama ini kita hanya mampu menonton konsert Genshin Impact melalui saluran Youtube ataupun melalui siaran langsung di pawagam. Tetapi kali ini HoYoverse membawa persembahan tersebut untuk peminat-peminat alaminya sendiri secara offline buat pertama kali di Malaysia! Diumumkan semasa gamescom ONL, Genshin Concert Tour: Melodies of an Endless Journey akan diadakan di Malaysia pada bulan Oktober 2023!

Sumber: HoYoverse

Kepada peminat-peminat Genshin yang ingin menghadiri Genshin Concert Tour ini, ia akan berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 7 Oktober 2023 jam 8:30 malam. Jualan tiket akan bermula pada hari Khamis, 24 Ogos 2023 bermula jam 12 petang! Jadi cepat-cepat tandakan tarikh tersebut dalam kalendar anda!

KLIK PAUTAN INI untuk membelinya!

[UPDATE]

Harga untuk setiap tempat duduk telah diumumkan melalui laman web MPO. Berikut adalah senarai harga untuk Genshin Concert Tour Malaysia:

  • RM 308
  • RM 388
  • RM 478
  • RM 578
  • Suite
    • RM 600/seat
    • RM 650/seat

Untuk pengetahuan anda, konsert tersebut akan dipersembahkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra bersama-sama konduktor Naohisa Furusawa! Mereka yang menghadiri Genshin Concert Tour Malaysia akan mendapat item dalam game dan juga tiket fizikal khas dengan visual utama konsert!

Berikut adalah item yang anda boleh dapatkan dengan pembelian tiket (sekali untuk setiap akaun):

  • Primogems x980
  • “Resounding Melodies” Festive Namecard x1
  • “Resounding Melodies” Wind Glider x1
  • “Resounding Melodies” Festive Furnishing x1
  • Sticky Honey Roast x5

Bundle khas “Resounding Melodies” kan tersedia di kedai dalam game bermula 1 November! Berikut adalah item yang tersedia:

  • Primogems x1000
  • “Resounding Melodies” Festive Namecard x1
  • “Resounding Melodies” Wind Glider x1
  • “Resounding Melodies” Festive Furnishing x1

Bersama-sama pengumuman tersebut, kita juga didedahkan dengan trailer baharu Genshin Impact yang memperkenalkan negara kelima Teyvat, Fontaine. Pemain akan mengalami pengembaraan baharu di dalam air. Tidak dilupakan juga dengan pelbagai musuh serta boss baharu untuk ditumpaskan semasa meneroka Fontaine. Kita juga diperkenalkan kepada tiga watak baharu iaitu Lyney, Lynette dan Freminet.

Kemas kini baharu ini telah pun tersedia pada 16 Ogos yang lalu. Jadi kepada anda yang masih belum meneroka Fontaine, inilah masanya untuk mulakan pengalaman baharu di sana. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Genshin Concert TourGenshin Concert Tour MalaysiaGenshin Concert Tour: Melodies of an Endless Journey
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Rebel Moon Part 1 Akan Tayang Pada Disember 2023, Part 2 Pada April 2024 di Netflix!

Next Post

Marvel Snap Kini Rasmi di Steam! Log Masuk Setiap Hari Untuk Ganjaran Khas!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Marvel Snap Kini Rasmi di Steam! Log Masuk Setiap Hari Untuk Ganjaran Khas!

Marvel Snap Kini Rasmi di Steam! Log Masuk Setiap Hari Untuk Ganjaran Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd