Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Main HACK akan buat Sistem Kredit Sosial anda turun di China!

Skynet?

Jade Ice by Jade Ice
July 14, 2019 - Updated on July 15, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Main HACK akan buat Sistem Kredit Sosial anda turun di China!
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan negara China bakal melancarkan satu sistem kredit di negara mereka menjelang tahun 2020. Ketika ini, ianya masih dalam fasa percubaan dan menajamkan lagi algoritma yang digunakan untuk menjayakan sistem kredit ini.

Tujuan sistem ini adalah untuk memberi markah atau ukuran kepada rakyatnya daripada segi sosial. Mungkin boleh diberi persamaan seperti CCRS atau CTOS, tetapi sistem ini secara khususnya memberi markah kepada perilaku sosial seseorang.

Melakukan perkara-perkara seperti melibatkan diri dalam kerja amal, menjaga orang ahli keluarga yang sudah berusia lanjut, menderma darah, membantu orang miskin dan senarainya panjang lagi; bakal memberikan markah kepada kredit sosial seseorang.

Perbuatan buruk seperti menyebarkan khabar angin di internet, memuatnaik posting anti kerajaan, mengabaikan ibu bapa yang sudah tua, kesalahan trafik dan; bermain game online dengan menggunakan cheat akan menyebabkan markah kredit sosial ditolak.

Baiklah, setakat ini mungkin kelihatan tidak penting kredit sosial ini. Tetapi implikasi daripada markah ini boleh mengubah hidup seseorang. Markah kurang ataupun disenarai hitam dari kredit sosial boleh menyebabkan (antaranya) tidak boleh membeli tiket penerbangan dan keretapi laju, kesukaran membuat pinjaman bank, tidak dapat menggunakan perkhidmatan awam dan juga (anak) tidak boleh memasuki sekolah-sekolah tertentu.

Insentif kepada mereka yang memiliki markah tinggi (tidak terhad kepada) pula adalah pelepasan cukai, keutamaan dalam pembelian rumah kerajaan, waktu menunggu lebih singkat di hospital dan kenaikan pangkat yang pantas.

Semua ini boleh dicapai di China kerana daripada keseluruhan jumlah kamera litar tertutup di dunia ini, separuh daripadanya boleh didapati di negara ini. Dipadankan dengan big data, konsep-konsep seperti kredit sosial ini boleh dilaksanakan.

Sistem ini mampu mendorong rakyatnya menjadi lebih baik, tetapi; ini juga bermakna setiap seorang rakyatnya sentiasa di perhatikan, dan kerahsiaan maklumat peribadi mereka tidak terjamin. Contohnya, terdapat aplikasi yang boleh menunjukkan kepada penggunanya siapakah di sekitar mereka yang memiliki hutang dan mereka dengan kredit sosial yang teruk.

Adakah kebaikannya jauh lebih berat daripada keburukannya, atau sebaliknya? Sama-sama kita ikuti perkembangannya.

 

Tags: chinasocial credit system
Previous Post

Game Sniper Terhebat di PC

Next Post

Victorious In Play (ViP Squad) menjuarai PUBG MOBILE Malaysia National Championship 2019 dengan cemerlang!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Victorious In Play (ViP Squad) menjuarai PUBG MOBILE Malaysia National Championship 2019 dengan cemerlang!

Victorious In Play (ViP Squad) menjuarai PUBG MOBILE Malaysia National Championship 2019 dengan cemerlang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd