Asasnya, seorang sniper perlu menunggu, bersembunyi dan memilih waktu yang sesuai untuk menarik picu. Keseronokannya dapat dirasa ketika melihat dari jauh musuh-musuh yang mula panik apabila sniper memulakan serangan.
Ketika ini, tidak banyak game sniper yang memberi fokus dan perincian sniper; tetapi terdapat beberapa game yang memiliki mekanisma sniper dan misi-misi yang boleh memuaskan peminat genre ini.
Di sini kami senaraikan antara game-game sniper yang terbaik untuk platform PC.
Arma 3
Merupakan simulator perang dan dikatakan ianya hampir sama dengan dunia sebenar. Dalam game ini anda perlu menggunakan rangefinder, kemudian menggunakan scope dan perlu memperlahankan nafas sebelum membuat headshot. Keputusan untuk menembak perlu dibuat dengan betul kerana anda akan mati sekiranya posisi anda diketahui.
Game ini sangat realistik hinggakan anda dipadankan dengan seorang spotter yang berfungsi sebagai mata anda. Game ini memberikan pengalaman kerjasama ketika membidik musuh dari jauh.
PUBG
Sebuah game battle royal paling terkenal buat masa ini, kita memberi fokus kepada senjata sniper dalam game ini. Dengan keupayaan jarak jauh dan kuasanya mampu membunuh musuh dari jarak yang sangat jauh; sekiranya terkena headshot. Namun ini amat sukar dicapai kerana anda perlu memberi pertimbangan berkenaan velocity muzzle, jatuhan peluru dan travel time. Ini menambahkan lagi rasa realistik sniper dalam game ini.
Squad
Walaupun tidak ada peranan spesifik sniper dalam game ini, tetapi terdapat kelas Marksman. Squad mementingkan kerjasama oleh itu tiada pengalaman sniper berseorangan. Tugas Marksman adalah memberikan sokongan senjata api dari jauh yang menambahkan keupayaan pasukan ketika menyerang atau bertahan. Fikirkannya seperti dalam filem The Expendables 2, pada awal filem dimana watak yang di lakonkan oleh Liam Hemsworth menyokong Sylvester Stallone dari jauh.
Battlefield 5
Game Battlefield sememangnya sesuai untuk sniper-sniper yang baru berjinak, dengan jatuhan peluru, travel time dan map multiplayer yang besar membolehkan penembak jauh mencari makan. Dengan pilihan senjata sniper yang sangat besar, menjadikannya antara yang terbaik dalam genre FPS.
Operation Flashpoint: Dragon Rising
Dalam game ini, anda bermain dalam sebuah map yang memiliki keluasan 200 kilometer persegi; menjadikan penggunaan senapang sniper satu kemestian. Ini ditambah pula dengan keupayaan untuk mengarahkan askar yang dikawal AI untuk “membersihkan” map sambil anda menembak dari jauh musuh-musuh yang ada. Jauh yang dimaksudkan adalah; dalam game ini anda masih mungkin membunuh musuh dari jarak 1000 meter.
Sumber: PCGamesN
@gamersantaimy
Discussion about this post