Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix kongsi video ‘Behind The Scenes’ untuk One Piece live-action, bakal keluar 31 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix kongsi video ‘Behind The Scenes’ untuk One Piece live-action, bakal keluar 31 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan tayangan perdana siri pada hujung bulan ini, Netflix telah mengeluarkan video “Behind The Scenes” khas untuk adaptasi One Piece live-action, di mana para pelakon dan pasukan produksi berkongsi pendapat dan apa yang mereka mengusahakan untuk mengadaptasi “manga lanun paling popular “di dunia.

Temu bual dalam video “Netflix: One Piece Behind The Scenes” dijalankan pada musim panas 2022 dan termasuk wawancara yang tidak pernah dilihat sebelum ini dengan pelakon dan pasukan kreatif; yang membincangkan cara-cara semua orang menghidupkan manga ikonik Eiichiro Oda dalam format baharu, mencari pelakon yang sempurna, koordinasi aksi dan banyak lagi. Berikut adalah videonya:

Antara sorotan daripada video Netflix: One Piece Behind The Scenes adalah; Inaki Godoy yang memegang watak Monkey D. Luffy (kapten Straw Hat) berkongsi harapan agar siri ini dapat menarik minat kedua-dua peminat lama dan mereka yang baru pertama kali ingin mengenali dunia One Piece ciptaan Eiichiro Oda.

Siri ini asalnya bermula sebagai manga pada tahun 1997, lalu mendapat adaptasi anime pada tahun 1999. Disebabkan popularitinya, kedua-dua platform masih diteruskan sehingga sekarang.

Emily Rudd yang memainkan watak Nami (navigator Straw Hat) memuji sifat “kekeluargaan” rancangan itu manakala Jacob Romero yang memainkan watak Usopp (sniper Straw Hat) memuji tema siri iaitu “jangan berhento mengejar impian”. Tema inilah yang menyatukan ahli krew, yang semuanya menemani Luffy dalam misinya untuk mencari One Piece sambil mengejar matlamat mereka sendiri.

Kredit: Netflix
Kredit: Netflix
Kredit: Netflix

Ketua produksi Matt Owens pula meluahkan niatnya untuk berpegang teguh pada visi Oda walaupun dibawa ke medium baharu dan usaha ini turut ditekankan oleh Taz Skylar, yang memainkan watak Sanji (chef Straw Hat).

Para pelakon dan pasukan kreatif juga bercakap tentang “soal mencari pelakon yang sesuai”, dan betapa miripnya perwatakan setiap ahli Straw Hat jika dibandingkan dengan personaliti mereka. Daripada sikap Godoy yang sentiasa optimis hingga ke Romero yang sentiasa certia, mereka seolah-olah dilahirkan untuk peranan tersebut. Ia juga merupakan detik penting untuk Mackenyu, yang membesar dengan One Piece di mana Zoro sentiasa menjadi watak kegemaran.

Kredit: Netflix
Kredit: Netflix

Sinopsis

Kredit: Netflix

Protagonis One Piece, Monkey D. Luffy, memulakan perjalanannya sebagai lanun di East Blue. Semasa kecil, dia makan Devil Fruit (buah ajaib) bernama Gum-Gum Fruit (Gomu Gomu no Mi), yang memberikan kebolehan getah kepada badannya seperti memanjangkan atau membesarkan mana-mana bahagian badan sesuka hati. Diilhamkan oleh Red Hair Shanks, Luffy bertekad untuk menjadi “Pirate King” dan ingin mencari harta karun rahsia One Piece yang disorok oleh lanun legenda Gol D. Roger.

Walau bagaimanapun, One Piece dikatakan tersembunyi di lokasi rahsia di seberang Grand Line yang penuh dengan makhluk dan cabaran berbahaya. Luffy bermula seorang diri, tetapi lama-lama mengumpul rakan-rakan dengan impian sendiri, yang menjadi kawan seumur hidupnya selepas dia membantu mereka.

Dibintangi oleh Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji, siri live-action One Piece dicipta dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix. Matt Owens dan Steven Maeda ialah penulis, penerbit eksekutif, dan pengarah. Eiichiro Oda, Marty Adelstein, dan Becky Clements juga terlibat sebagai penerbit eksekutif.

Kredit: Netflix

Siri live-action One Piece akan ditayangkan pada 31 Ogos hanya di Netflix. Anda boleh melayari laman web rasmi untuk letak Reminder bagi siri ini.

Tags: Behind The Sceneslive actionnetflixone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Akan Diselenggara Selama Setahun, Game Sword Art Online Variant Showdown Ditutup Sementara!

Next Post

[Khabar Angin] Demon Slayer Infinity Castle Arc Mungkin Diadaptasi Dalam Format Filem!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Demon Slayer Infinity Castle Arc Mungkin Diadaptasi Dalam Format Filem!

[Khabar Angin] Demon Slayer Infinity Castle Arc Mungkin Diadaptasi Dalam Format Filem!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd