Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SEGA Sale: Company of Heroes 3, Sonic & banyak lagi berharga murah di PS Store! Diskaun hingga 80%!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2023
in Artikel, Berita, Promosi, PS4, PS5
0 0
0
SEGA Sale: Company of Heroes 3, Sonic & banyak lagi berharga murah di PS Store! Diskaun hingga 80%!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk masa yang terhad, beberapa game terbitan SEGA akan dijual pada harga yang lebih murah sempena SEGA SALE bulan Ogos 2023. Secara lebih khusus, promosi itu berjalan di PlayStation Store di mana beberapa game PlayStation 4 dan PlayStation 5 boleh didapati pada harga diskaun sehingga 80%.

Berikut adalah senarai penuh:

Company of Heroes 3

  • Standard: RM 132.30 (RM 189.00)
  • Premium: RM 174.30 (RM 249.00)

Company of Heroes 3 ialah game real-time taktikal strategi dan sekuel kepada Company of Heroes 2. Menampilkan mekanik dan mode baharu, naratif game ini berlangsung di negara Itali dan Afrika Utara semasa Perang Dunia II. Disebabkan jalan cerita berbentuk dinamik, interaksi pemain dengan pelbagai komander dalam game boleh mempengaruhi pengakhiran naratif.

Football Manager 2023

  • Standard: RM 63.60 (RM 159.00)

Football Manager 2023 ialah game simulasi berdasarkan pengurusan bola sepak. Alami dunia pengurus kelab bola sepak sebenar dengan mengambil alih pasukan terhebat di dunia di mana pemain boleh mencipta kisah sendiri dan merealisasikan impian. Sebagai tambahan, Football Manager 2023 adalah versi Football Manager yang paling banyak dimainkan, setakat Jun 2023, dengan lebih dua kali ganda jumlah pengguna daripada purata biasa.

Sonic Mania

Standard: RM 27.00 (RM 90.00)

Sonic Mania ialah game platformer yang dihasilkan untuk memperingati ulang tahun ke-25 francais Sonic the Hedgehog. Game ini direka untuk memberi penghormatan/tribut kepada game Sonic original di Sega Genesis dan menampilkan gameplay side-scrolling pantas di lebih 13 peringkat.

Sonic Forces

Standard: RM 36.00 (RM 180.00)

Sonic Forces ialah game platform yang turut dihasilkan untuk memperingati ulang tahun ke-25 francais Sonic the Hedgehog . Sonic the Hedgehog menyertai pasukan hero bersama Classic Sonic, dan Rookie, seorang manga yang terselamat daripada serangan Eggman. Bersama, mereka mesti menghentikan Doctor Eggman, yang telah menakluki sebahagian besar dunia bersama Infinite, musuh baharu yang menggunakan kuasa Phantom Ruby.

Team Sonic Racing

Standard: RM 54.30 (RM 181.00)

Team Sonic Racing ialah game spin-off lumba kart daripada siri Sonic the Hedgehog. Pemain akan mengawal satu daripada 15 watak yang tersedia di mana kamu akan bersaing dalam perlumbaan menggunakan kereta sukan. Game ini dimainkan daripada perspektif third-person, di mana pemain melakukan helah, drift dan mengumpul power-up yang bertaburan di sekitar.

Shining Resonance Refrain

Standard: RM 37.60 (RM 188.00)

Shining Resonance Refrain adalah judul ARPG dan merupakan versi remaster untuk Shining Resonance yang hanya boleh didapati di Jepun sahaja. Kita akan bermain sebagai Yuma Ilvern yang berniat untuk hentikan Empire daripada mengeksploitasi kuasa naga purba, termasuk roh Shining Dragon dalam diri anda. Dengan bantuan rakan-ralam, realisasikan nasib, selamatkan Astoria, dan lepaskan kekuatan sebenar.


Promosi SEGA Sale ini sedang berlangsung sekarang sehingga 30 Ogos di PlayStation Store. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi SEGA di SINI.

Tags: Company of Heroes 3Diskaunpromosisegasonic
ShareTweetSend
Previous Post

Skull and Bones Close Beta Test Akan Bermula 25-28 Ogos! Info Penuh Sesi Beta!

Next Post

Acer Malaysia umum laptop gaming elit Predator Triton 17 X – harga RM18,999!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Acer Malaysia umum laptop gaming elit Predator Triton 17 X – harga RM18,999!

Acer Malaysia umum laptop gaming elit Predator Triton 17 X - harga RM18,999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd