Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian beta Mortal Kombat 1 bermula 18-21 Ogos! Khas untuk mereka yang pre-order!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 16, 2023
in Artikel, Berita, Beta, Fighting, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Ujian beta Mortal Kombat 1 bermula 18-21 Ogos! Khas untuk mereka yang pre-order!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Warner Bros. dan NetherRealm Studios mengumumkan bahawa mereka melancarkan ujian beta Mortal Kombat 1 pada hujung minggu ini. Tidak terbuka untuk semua, hanya pemain yang membuat prapesan sahaja yang mempunyai akses kepada ujian beta Mortal Kombat 1.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk mendapat gambaran bagi aksi akan datang:

Cara-cara untuk sertai ujian beta

Kredit: NetherRealm Studios

Pertama sekali, anda perlu pra-pesan Mortal Kombat 1 versi fizikal atau digital terlebih dahulu di platform PlayStation 5 atau Xbox Series X|S.

Mulai esok 15 Ogos, pemain boleh mula menebus dan pre-load ujian beta MK1. Jika anda membuat prapesan secara fizikal atau menerima e-mel, pastikan anda mempunyai kod untuk ditebus. Jika tidak, sila hubungi kedai permainan di mana anda membuat pembelian. Jika anda membuat prapesan digital di PlayStation 5 atau Xbox Series X|S, anda boleh melangkau langkah di bawah dan memuat turun beta terus pada sistem anda.

Kredit: NetherRealm Studios

Untuk mengambil bahagian dalam beta:

  • Log masuk atau daftar akaun WB Games di laman web mereka dan pergi ke bahagian Playtests di halaman profil anda.
  • Masukkan kod yang disediakan oleh pengedar (kedai permainan di mana anda membuat pembelian) dan pilih platform anda (PlayStation 5 atau Xbox Series X|S).
  • Pautkan akaun WB anda ke akaun PSN atau Xbox untuk menerima kod beta.
  • Tebus kod ini dalam PlayStation Store atau Xbox Marketplace untuk menambahkan beta MK1 beta pada library dan memuat turunnya.

Ujian beta akan berlangsung dari Jumaat 18 Ogos, hingga Isnin 21 Ogos. Pemain boleh memilih daripada enam watak yang boleh dimainkan, termasuk Liu Kang, Kenshi, Kitana, Johnny Cage, Li Mei dan Sub-Zero. Selain itu, terdapat empat fighter Kameo iaitu Frost, Jax, Kano dan Sonya Blade.

Beta ini turut menawarkan mode 1v1 online multiplayer standard dan mode Klassic Towers Klassic Towers terhad melawan musuh AI. Untuk bermain beta secara online, pemain memerlukan langganan PlayStation Plus atau Xbox Live Gold yang aktif.

Kredit: NetherRealm Studios

Mortal Kombat 1 akan dikeluarkan pada 19 September untuk PS5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Tags: BETAmortal kombatMortal Kombat 1
ShareTweetSend
Previous Post

Convergent Distribution diberi hak mengedar Nintendo Switch di Malaysia! Lagi mudah cari game, konsol & aksesori!

Next Post

Barisan Game Sukan Terbaik Untuk Anda yang Gilakan Bola Sepak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Barisan Game Sukan Terbaik Untuk Anda yang Gilakan Bola Sepak!

Barisan Game Sukan Terbaik Untuk Anda yang Gilakan Bola Sepak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd