Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangun Genshin Impact Dedahkan Cabaran Awal Pembangunan, Sampai Ada yang Menangis!

Maira by Maira
August 16, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5
0 0
0
Pembangun Genshin Impact Dedahkan Cabaran Awal Pembangunan, Sampai Ada yang Menangis!

Sumber: HoYoverse

Share on FacebookShare on Twitter

Teringat masa game Genshin Impact diperkenalkan oleh HoYoverse. Pembangun game indie yang kecil itu telah pun menerima pelbagai tomahan daripada ramai gamer pada waktu itu. Baru-baru ini, semasa acara Genshin Impact FES 2023, presiden HoYoverse Liu Wei ataupun Dawei telah membongkarkan beberapa cabaran yang mereka alami pada waktu itu.

Genshin Impact
Sumber: HoYoverse

Dawei memberitahu bahawa pasukan pembangun Genshin Impact pada waktu itu penuh dengan orang muda yang masih tidak berpengalaman pada waktu itu. Mereka tahu betapa susahnya game tersebut untuk dibangunkan sejak projek itu bermula pada 2017. Lebih-lebih lagi dengan kekurangan enjin game serta pengalaman dalam membangunkan game berkonsepkan open-world.

Genshin Impact
Sumber: HoYoverse

Mereka sangat bangga dengan apa yang mereka hasilkan apabila siap membangunkan Monstadt pada 2019. Tetapi apabila sesi beta tertutup dijalankan, mereka telah mendapat banyak maklum balas bahawa game tersebut “meniru” game lain. Ucapan Dawei tidak menyebut nama game tersebut, tetapi ramai pemain yang tahu mengenai kes ini. Reaksi daripada para peminat begitu dahsyat sampai ada yang berkelakuan biadap dan sanggup memusnahkan konsol PS4 sebagai tanda protes.

[for every traveller]
Genshin Impact FES 2023 in Shanghai (English Version)
MiHoYo president Daiwei is deeply moved and talks about his thoughts on Genshin Impact
I feel like crying while watching 😭

・There were difficult times, but he says that he was able to come this far… pic.twitter.com/4H2YLWSaIp

— ときのひかる (@tokinohikaru_00) August 13, 2023

Perkara seperti itu membuatkan pasukan pembangun Genshin Impact pada waktu terkilan sehingga ramai yang menangis. Tetapi mereka faham mungkin ramai yang tidak memahami tentang apa yang ingin disampaikan dalam Genshin dan meneruskan pembangunan game itu untuk wilayah Liyue pula. Sejak memperkenalkan Liyue, ramai yang mula memahami serta melihat perbezaan yang dibawa oleh game tersebut.

Genshin Impact
Sumber: HoYoverse

Sekarang, Genshin Impact bukan sahaja salah satu game mobile yang berjaya malah dikenali di seluruh dunia. Kemas kini terbaru versi 4.0 telah memperkenalkan wilayah baharu iaitu Fontaine! Sudah pasti lebih banyak kandungan yang menyeronokkan telah dirancang oleh HoYoverse untuk game ini pada kemas kini akan datang.

Genshin Impact kini boleh dimainkan pada PlayStation 5, PlayStation 4, PC, iOS dan Android. Jangan lupa untuk mengikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactHoYoverse
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Agatha’s Soul Cauldron: Kad wajib ambil dalam MTG Wilds of Eldraine

Next Post

Preview khas eFootball 2024 di Malaysia – Perlawanan Super Selebriti bersama Safee Sali, Soloz & Tunku Rania!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Preview khas eFootball 2024 di Malaysia – Perlawanan Super Selebriti bersama Safee Sali, Soloz & Tunku Rania!

Preview khas eFootball 2024 di Malaysia - Perlawanan Super Selebriti bersama Safee Sali, Soloz & Tunku Rania!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd