Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Convergent Distribution diberi hak mengedar Nintendo Switch di Malaysia! Lagi mudah cari game, konsol & aksesori!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 16, 2023
in Artikel
0 0
0
Convergent Distribution diberi hak mengedar Nintendo Switch di Malaysia! Lagi mudah cari game, konsol & aksesori!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun lepas, Nintendo telah membuka laman web rasmi untuk pengguna di Malaysia tetapi nampaknya usaha mereka tidak berhenti di situ. Kami baru sahaja mendapat berita bahawa Convergent Distribution telah mendapat kebenaran untuk mengedar produk hasil Nintendo termasuk konsol Switch, game jenis first-party, aksesori dan banyak lagi di Malaysia. Buat mereka yang tidak tahu, syarikat ini juga yang membawa produk Nintendo di Singapura pada tahun lepas.

Kredit: Nintendo

Menurut Edwin Teoh selaku Convergent Distribution Regional Product Manager, syarikat akan mula mengedarkan Nintendo Switch di beberapa outlet besar di Malaysia seperti Best Denki, Popular dan juga Courts Malaysia. Bukan itu sahaja, syarikat juga akan bekerjasama dengan kedai moden lain seperti Thundermatch untuk menjual produk Nintendo termasuk game first-party, aksesori rasmi dan lain-lain.

Convergent merancang untuk mula mengedar barangan Nintendo bermula di Lembah Klang dan seterusnya mengembangkan pasaran di seluruh negara pada suku keempat 2023. Teoh turut menambah bahawa, pelanggan mungkin boleh nampak barangan Nintendo pada penghujung bulan September dan menjelaskan bahawa matlamat mereka adalah supaya Nintendo menjangkau khalayak yang lebih luas.

Bak kata Teoh:

“Nintendo bukan sahaja peranti gaming, tetapi juga hiburan untuk populasi umum.”

Kredit: Convergent Malaysia

Selain itu, Convergent Distribution juga akan membuka kedai rasmi Nintendo melalui Shopee dan Lazada selain daripada pengedaran produk fizikal melalui peruncit. Mereka turut mengesahkan bahawa promosi rasmi Nintendo juga boleh dinikmati melalui outlet Convergent termasuk kedai dalam talian tersebut.

Sebagai tambahan, syarikat akan membuka Authorized Nintendo Customer Service Center di Malaysia. Jadi kalau anda mempunyai konsol Switch yang rosak dan masih mempunyai waranti, anda tidak perlu lagi untuk menghantarnya ke luar negara.

Peranti yang diedarkan Convergent juga mempunyai satu tahun waranti, dan boleh dikenalpasti melalui nombor siri khas, “MYS“.

Dengan hadirnya Convergent Distribution di Malaysia, lebih mudah untuk pemain Malaysia mendapatkan produk rasmi Nintendo termasuk konsol Switch, game, aksesori -selain daripada Maxsoft. Harap-harap lebih ramai orang yang akan menikmati produk Nintendo pada masa akan datang.

Kredit: Nintendo Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk berita menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Preview khas eFootball 2024 di Malaysia – Perlawanan Super Selebriti bersama Safee Sali, Soloz & Tunku Rania!

Next Post

Ujian beta Mortal Kombat 1 bermula 18-21 Ogos! Khas untuk mereka yang pre-order!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ujian beta Mortal Kombat 1 bermula 18-21 Ogos! Khas untuk mereka yang pre-order!

Ujian beta Mortal Kombat 1 bermula 18-21 Ogos! Khas untuk mereka yang pre-order!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd