Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Conqueror’s Insignia 2019 CS: GO dengan hadiah bernilai sehingga MYR 287,000 untuk Dimenangi!!

Serta Malaysia akan menjadi tuan rumah Grand Final untuk Acara ini!

Nyny.A by Nyny.A
July 12, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Esports, PC, Streamer/influencer
0 0
0
Conqueror’s Insignia 2019 CS: GO dengan hadiah bernilai sehingga MYR 287,000 untuk Dimenangi!!
Share on FacebookShare on Twitter

Memanggil kesemua pemain-pemain tegar CS:GO!!! Conqueror’s Insignia kembai lagi untuk kali kedua dan acara Grand Final tahun ini akan berada di Malaysia! Playtonia menganjurkan acara kali ini dengan kolam hadiah sebanyak 70,000 USD (anggaran MYR 287,000) untuk direbutkan!

Sekiranya korang tidak pernah mendengar Playtonia sebelum ini, mereka adalah sebuah syarikat permainan terkenal dan agensi perkhidmatan yang berasal dari India. Sejak awal tahun 2019, Playtonia telah berkembang di seluruh India, Malaysia dan UAE. Playtonia telah menjadi tuan rumah beberapa acara besar seperti Conqueror’s Insignia pertama (Kolam Hadiah 20,000,000 INR), Acer Predator League India Qualifiers 2018 dan Qualifiers League India 2019.

Conqueror’s Insignia 2019 akan bermula Julai ini dalam talian. CS:GO terpilih menjadi permainan utama untuk acara ini kerana ianya merupakan permainan yang sangat ramai peminat terutama di Asia Tenggara.

Sebanyak 29 Negara akan berentap secara dalam talian dan boleh didaftar bermula 15 Jun lalu hingga 20 Julai 2019 ini! Kesemua 29 negara ini diketegorikan kepada tiga wilayah utama yang layak. Pemenang akan dipilih melalui satu siri kelayakan dalam talian manakala untuk kelayakan luar-talian akan diadakan di UAE dan Malaysia.

Ini adalah negara yang layak;

Kelayakan Subbenua Asia:  India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Maldives dan Bhutan.

Kelayakan Timur Tengah: Pakistan, UAE, Saudi Arabia, Lebanon, Oman, Kuwait, Qatar, Bahrain, Egypt, Jordan, Yemen, Iraq dan Iran.

Kelayakan Asia Tenggara: Malaysia, Singapore, Thailand, Vietnam, Indonesia, Philippines, Cambodia, Myanmar, Brunei and Laos.

Kolam hadiah yang dinantikan seperti yang dinyatakan di atas iaitu sebanyak 70,000 USD (anggaran MYR 287,000) untuk direbutkan. Pemenang keseluruhan akan memenagi 40,000 USD (anggaran MYR 164,000) manakala tempat kedua akan membawa pulang 10,000 USD (anggaran MYR 41,000). Diikuti dengan tempat ketiga dan keempat akan membawa pulang 5,000 USD (anggaran MYR 20,000).

Acara lengkap akan dijalankan pada platform permainan Playtonia. Semua pemain yang berminat perlu mendaftar dengan pasukan masing-masing di kawasan mereka yang diinginkan untuk memenuhi syarat dalam kejohanan sekurang-kurangnya 5 pemain dalam setiap pasukan.

Sementara itu, semua pasukan boleh mempunyai 2 pendaftar berdaftar. Semua pasukan yang berdaftar akan diberi sijil penyertaan dan 3000 Playtonia Leaves jika mereka berjaya menjadi 10 pasukan teratas di rantau masing-masing.

Pasukan yang menyertai harus mempunyai pasport yang sah atau mengemukakan perisytiharan untuk mendapatkan pasport dalam tempoh 30 Hari jika terpilih. Semua perjalanan dan penginapan di Malaysia untuk Grand Finals akan ditanggung oleh Playtonia Esports and Associates.

Okay jom tengok jadual penuh untuk acara ini;

Subbenua Asia
Timur Tengah
Asia Tenggara

Siapa rasa tak sabar dengan kehadiran Conqueror’s Insignia 2019 ini? Pulak acara Grand Final yang akan hadir di Malaysia!! Jadi apa lagi, jangan tunggu lama-lama dan terus daftar di laman web rasmi Playtonia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Conqueror's InsigniaConqueror's Insignia 2019Conqueror's Insignia 2019 CS: GO TournamentcsgoPlaytonia
Previous Post

Call of Duty: Modern Warfare Multiplayer akan diumumkan 1 Ogos!

Next Post

Sekumpulan lelaki 40-an Jepun terlalu minat Initial D sehingga meniru aksi bahaya mereka!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!
Acara

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!

July 10, 2025
Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok
Movie/siri

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

July 10, 2025
Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Mobile

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

July 10, 2025
Next Post
Sekumpulan lelaki 40-an Jepun terlalu minat Initial D sehingga meniru aksi bahaya mereka!

Sekumpulan lelaki 40-an Jepun terlalu minat Initial D sehingga meniru aksi bahaya mereka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd