Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile Final Fantasy VII: Ever Crisis akan lancar pada 7 September! Boleh jadi Sephiroth!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 10, 2023
in Action, Android, ARPG, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Game mobile Final Fantasy VII: Ever Crisis akan lancar pada 7 September! Boleh jadi Sephiroth!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kita dapat pengesahan rasmi oleh Square Enix bahawa game mobile Final Fantasy VII: Ever Crisis akan dilancarkan untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play pada 7 September! Pradaftar kini tersedia pada kedua-dua platform tetapi malangnya, game itu belum tersedia di Malaysia setakat ini.

Release Date Announcement!

FINAL FANTASY VII EVER CRISIS will be officially released on iOS and Android on September 7 2023! Don't forget to pre-register now!

Pre-registration: https://t.co/k7x3hnUBgF #FF7EC #FF7EverCrisis #FF7 pic.twitter.com/5GLzXA2LGN

— FINAL FANTASY VII EVER CRISIS_EN|FF7EC (@FFVII_EC_EN) August 10, 2023

Seperti saya kata tadi, Final Fantasy VII: Ever Crisis ialah game mobile dengan elemen gacha/loot box. Dirancang untuk mengeluarkan episod baru secara bulanan, game ini menceritakan semula peristiwa daripada game original Final Fantasy VII pada 1997, dan semua judul kanon dalam francais Final Fantasy VII seperti filem Advent Children, dan game Before Crisis, Crisis Core dan Dirge of Cerberus.

Pemain boleh mencuba mana-mana naratif pada bila-bila masa dengan menukar dari menu utama lalu mengalami jalan cerita bersifat rumusan untuk game tersebut daripada awal hingga akhir.

Namun, bab cerita tertentu tidak akan tersedia semasa pelancaran dan akan ditambahkan kemudian secara kemas kini. Selain itu, Ever Crisis akan menampilkan naratif original baharu yang meneroka masa lalu yan dan asal usul watak/antagonis ikonik, Sephiroth.

Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix

Dipasarkan sebagai mobile remake kepada Final Fantasy VI, dunia Final Fantasy VII yang dipersembahkan rupa ala retro digabungkan dengan grafik moden manakala sistem pertempuran diinspirasikan daripada sistem Active Time Battle lalu dirombak/diubah untuk bermain dengan lancar pada peranti mobile dengan grafik berkualiti tinggi.

Game ini cuba mengekalkan ciri-ciri ikonik daripada siri dan termasuk elemen RPG seperti Abiliti, Materia, Summon, Limit Break dan lain-lain; sambil menyokong ciri tambahan termasuk Auto Mode dan Battle Speed yang menjadikan game ini lebih mudah dan menyeronokkan.

Walaupun percuma untuk dimuat turun dan bermain, Ever Crisis menampilkan sistem mikrotransaksi/gacha. Ia menawarkan loot box yang menghadiahkan pemain dengan pelbagai pilihan senjata dan pakaian secara rawak.

Watak tidak perlu dikumpul dan semua boleh dimainkan selepas anda memperolehi mereka melalui jalan cerita. Selepas mendapat watak kegemaran, jangan lupa untuk customize setiap satu dengan peralatan dan senjata ikonik untuk mengalahkan musuh kuat dalam mode pertempuran solo atau co-op.

Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix

Sekali lagi saya ingatkan, Final Fantasy VII: Ever Crisis akan dilancarkan untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play pada 7 September! Pradaftar kini tersedia tetapi Malaysia bukanlah antara negara yang terlibat buat masa ini. Harap-harap Square Enix akan mengeluarkan game ini di Malaysia dalam masa terdekat.

Final Fantasy VII: Ever Crisis
Publisher: Square Enix
Developer: Applibot
Release Date TBC
Android, iOS
Final Fantasy VII: Ever Crisis ialah game mobile gacha RPG yang menceritakan semula keseluruhan siri Final Fantasy 7, termasuk peristiwa Crisis Core, Before Crisis, Dirge of Cerberus, dan juga filem Advent Children. Dipasarkan sebagai mobile remake, game ini mempersembahkan rupa ala retro digabungkan dengan grafik moden manakala sistem pertempuran diinspirasikan daripada sistem Active Time Battle.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidFinal Fantasy VII: Ever CrisisiOSMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Kandungan Call of Duty: Modern Warfare 2 Boleh dibawa ke Modern Warfare 3!

Next Post

MLBB: Kenali Barisan Pasukan-Pasukan Regular Season untuk MPL SG Musim 6!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
MLBB: Kenali Barisan Pasukan-Pasukan Regular Season untuk MPL SG Musim 6!

MLBB: Kenali Barisan Pasukan-Pasukan Regular Season untuk MPL SG Musim 6!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd