Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kaiju No 8 Bakal Tayang Pada April 2024, Trailer Baru Didedahkan!

Maira by Maira
August 7, 2023 - Updated on August 8, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kaiju No 8 Bakal Tayang Pada April 2024, Trailer Baru Didedahkan!

Sumber: TOHO Animation

Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada Ogos tahun lalu, siri manga popular Kaiju No 8 sah mendapat adaptasi anime. Kita juga telah didedahkan dengan teaser dan trailer pendek yang menunjukkan serba sedikit rupa watak dalam bentuk animasi. Nampaknya satu lagi trailer rasmi baharu telah didedahkan. Tetapi kali ini, ia menunjukkan lebih aksi daripada kaiju serta watak-watak utama siri. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Pengenalan Kaiju No 8

Dalam sebuah dunia yang diancam oleh makhluk berbahaya yang dikenali sebagai Kaiju, Kafka Hibino bercita-cita untuk menyertai Japan Defense Force untuk mengalahkan mereka.

“Jom hapuskan Kaiju bersama-sama.”

Kafka telah berjanji kepada kawan masa kecilnya, Mina Ashiro. Masa berlalu, masalah hidup memaksa mereka untuk berpisah mengikut haluan masing-masing dan menyebabkan Kafka melupakan cita-citanya itu.

Sumber: TOHO Animation

Kini dia bekerja dengan Monster Sweeper, Inc. yang merupakan sebuah syarikat pembersihan yang pakar dalam membersihkan kesan pertarungan Kaiju. Sementara itu, Mina Ashiro kini kapten kepada Japan Defense Force untuk divisyen ketiga. Melihat kedudukannya sekarang, dia tidak layak untuk menentang Kaiju bersama Mina.

Semasa bekerja, Kafka bertemu dengan Reno Ichikawa. Kesungguhan Reno untuk serta Defense Force membuatkan Kafka ingin menyambung semula cita-citanya untuk bersama Mina sambil mereka mempertahankan manusia daripada Kaiju.

Animasi Kaiju No. 8 dihasilkan oleh Production I.G manakala Studio Khara pula terlibat sebagai penyelia untuk reka bentuk Kaiju dalam siri anime tersebut. Berikut adalah pelakon suara watak yang telah didedahkan:

  • Masaya Fukunishi – Kafka Hibino/ Kaiju No.8
  • Wataru Katoh – Reno Ichikawa
  • Asami Seto – Mina Ashiro
Sumber: Viz

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Naoya Matsumoto dan diterbitkan melalui Shonen JUMP + sejak 2020. Anda boleh membaca manga tersebut secara percuma melalui aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Kaiju No. 8Monster #8
ShareTweetSend
Previous Post

Granblue Fantasy Versus: Rising akan tiba 30 November! Boleh pre-order sekarang!

Next Post

Episod One Piece Gear 5 runtuhkan Internet! Semua laman anime mengalami “system down”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Episod One Piece Gear 5 runtuhkan Internet! Semua laman anime mengalami “system down”

Episod One Piece Gear 5 runtuhkan Internet! Semua laman anime mengalami "system down"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd