Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen X Fortnite rasmi akan kolab, bakal dapat empat Skin baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2023
in Anime, Artikel, Battle Royale, Berita, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Jujutsu Kaisen X Fortnite rasmi akan kolab, bakal dapat empat Skin baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Game battle royale Fortnite rasmi akan mengadakan kolaborasi anime baru tidak lama lagi dan bakal mengalu-alukan watak-watak daripada anime/manga popular Jujutsu Kaisen ke Item Shop! Sudah lama dikhabarkan, akhirnya kita dapat pengesahan rasmi selepas pengumuman di media sosial:

Seperti yang anda dapat lihat di atas, trailer terbaru Fortnite menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya empat watak berbeza yang akan menjadi sebahagian daripada kolaborasi Jujutsu Kaisen.

Trailer bermula apabila dua watak Fortnite membuat bayang anjing dan gajah di dinding. Bayang-bayang ini kemudian berubah kepada dua Shikigami milik Megumi Fushiguro – bernama Kon (Divine Dog: Totality) dan Bansho (Max Elephant). Tidak lama selepas itu, dinding tersebut mula runtuh, di mana Satoru Gojo, Megumi Fushiguro, Yuji Itadori, dan Nobara Kugisaka keluar.

Kredit: Fortnite

Kamera kemudian mengezum pada Gojo, Megumi, Nobara dan Yuji, masing-masing dengan pose bergaya sebelum trailer tamat.

Walaupun trailer tidak mengumumkan maklumat lanjut, halaman Twitter Fortnite mengumumkan bahawa kolaborasi Jujutsu Kaisen akan dilancarkan dalam update v25.30. Menurut sumber lain, update itu dijangka akan dikeluarkan pada hari Selasa, 8 Ogos 2023.

Kredit: Fortnite

Buat masa ini, kita tidak tahu apa yang akan disertakan dalam kolaborasi ini selain daripada skin berdasarkan empat watak di atas. Fortnite tidak menjelaskan jika mereka akan memperkenalkan sebarang kosmetik atau senjata eksklusif diinspirasikan oleh Jujutsu Kaisen, tetapi mengikut tradisi, macam-macam barangan lain akan muncul sekali termasuk glider, senjata dan lain-lain.

Malah, dalam trailer kita dapat melihat Nobara memakai senjata ikoniknya: tukul dan paku. Jadi kemungkinan besar, Fortnite akan menggabungkan abiliti mereka seperti mana yang dibuat untuk Kamehameha Goku dari kolaborasi Dragon Ball.


Fortnite kini tersedia di platform mobile, PC, PS4, PS5, Nintendo Switch, Xbox One dan Xbox Series X|S. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Tags: FortniteJujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

Interview Grand Cross: Age of Titans bersama CEO Netmarble F&C!

Next Post

Jom sambut Acer Day 2023! Penuh dengan aktiviti, promosi, hadiah & peranti edisi khas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Jom sambut Acer Day 2023! Penuh dengan aktiviti, promosi, hadiah & peranti edisi khas!

Jom sambut Acer Day 2023! Penuh dengan aktiviti, promosi, hadiah & peranti edisi khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd