Semasa DigiFes 2023, peminat Digimon akhirnya mendapat berita baru mengenai filem Digimon Adventure 02 yang akan ditayangkan pada 27 Oktober di Jepun. Dilaporkan bahawa filem Digimon Adventure 02: The Beginning mendapat trailer rasmi yang memaparkan DigiDestined kegemaran ramai! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah ini.
Bukan setakat itu sahaja, poster baru filem juga telah didedahkan. Kita dapat melihat Imperialdramon Dragon Mode menjadi fokus dalam poster tersebut bersama-sama DigiDestined utama dalam siri.

Untuk pengetahuan anda, filem Digimon Adventure: The Beginning berlaku selepas filem prekuelnya Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna. Ia memaparkan watak-watak daripada siri yang sudah dewasa. Bukan setakat itu sahaja, watak baru Lui Ohwada yang memperkenalkan dirinya sebagai DigiDestined pertama turut diperkenalkan.

Berikut adalah sinopsis untuk filem Digimon Adventure 02: The Beginning:
Rahsia di sebalik kemunculan “DigiDestined” kini dibongkar. Sekarang tahun 2012, 10 tahun selepas pengembaraan antara Odaiba dan Digital World berlaku. Walaupun mereka sudah mengikut haluan masing-masing, Daisuke bersama DigiDestined lain dan Digimon mereka masih lagi berikat dengan hubungan yang sama. Satu hari, satu Digitama gergasi telah muncul di langit, atas Tokyo Tower, menghantar mesej kepada dunia.
“Semoga semua orang di dunia mempunyai kawan. Semoga mereka masing-masing mempunyai Digimon.”
Sedang satu dunia melihat kejadian itu, seorang pemuda bernama Lui Ohwada muncul di hadapan Daisuke dan kawan-kawannya dengan Digivice yang retak. Di sebalik kemunculan “DigiDestined” adalah permintaan Lui … Apabila masa lalu dan masa kini berhubung, krisis terbesar dalam sejarah Digimon terbongkar. Apakah yang Daisuke dan kawannya akan lakukan kali ini? Sekali lagi DigiDestined beraksi semula, tetapi kini sebagai seorang dewasa!

Tidak ada kepastian jika filem ini akan hadir ke Malaysia. Tetapi memandangkan filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna ditayangkan pada 2020 yang lalu, ada kemungkinan besar ia akan hadir ke pawagam Malaysia nanti. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman daripada pengedar filem rasmi.
Untuk liputan lain mengenai Digimon daripada kami, boleh klik pautan ini.









Discussion about this post