Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri animasi “Cuphead” dalam pembikinan untuk Netflix!

Juga dibintangi Mugman.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Siri animasi “Cuphead” dalam pembikinan untuk Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix dan King Features Syndicate bakal mengembirakan semua peminat video game dengan siri animasi baru “The Cuphead Show!”, berdasarkan fenomena dunia yang memenangi pelbagai anugerah oleh Studio MDHR, Cuphead. Permainan yang visual cantik, yang terkenal dengan gaya retro hand-animated, boss fight yang susah gila babeng, dan gameplay yang amat tercabar akan muncul di kaca televisyen buat kali pertama. Siri animasi baru ini memberi tumpuan kepada watak-watak dan dunia Cuphead dengan gaya animasi yang diilhami oleh kartun klasik Fleischer dari tahun 1930-an.

Komedi unik ini mengikuti pengembaraan ajaib Cuphead yang sukar diramal dan adiknya Mugman yang berhati-hati tetapi mudah dipujuk. Selepas melalui pelbagai pengembaraan kelakar di sekitar rumah mereka di Inkwell Isles, mereka sentiasa yakin bahawa salah seorang akan 100% menyokong mereka.

Coming to you in full color and cine-sound, it's…The Cuphead Show! Witness the wondrous Inkwell Isles as you've never seen them before in an original series inspired by classic animation styles of the 1930s. Now in production by the talented team at @Netflix Animation! pic.twitter.com/4xA59eVLra

— Studio MDHR (@StudioMDHR) July 9, 2019

Pengumuman ini menandakan produksi siri animasi jangka panjang yang pertama daripada King Features sejak mengumumkan strategi mereka untuk membina watak francais di pelbagai platform media termasuk televisyen, video digital, pelesenan dan media sosial. Permainan video ini boleh didapati pada setiap platform yang anda boleh fikirkan (kecuali untuk mobile buat masa ini), termasuk Xbox, Nintendo Switch, Win 10, Steam, GOG, dan Mac.

Sumber – Gamesradar

Tags: CupheadKing Features SyndicateMugmannetflixStudio MDHRThe Cuphead Show
Previous Post

Lanun manga cetak rompak paling Most-Wanted ditahan di Filipina!

Next Post

Pasukan PUBG Terbaik Malaysia kini bersaing untuk Grand Final PMNC 2019!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pasukan PUBG Terbaik Malaysia kini bersaing untuk Grand Final PMNC 2019!

Pasukan PUBG Terbaik Malaysia kini bersaing untuk Grand Final PMNC 2019!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd