Selepas beberapa dekad tidak dilihat, nampaknya francais The Exorcist akan kembali “menghantui” penonton pada bulan depan. Secara khususnya, filem The Exorcist: Believer akan ditayangkan pada 12 Oktober 2023 di Malaysia dan merupakan sekuel langsung kepada filem klasik pada 1970-an.
Berikut adalah trailer rasmi oleh United International Pictures Malaysia:
Sinopsis
Sejak kematian isterinya yang hamil dalam gempa bumi Haiti pada 12 tahun yang lalu, Victor Fielding (Leslie Odom, Jr.) telah membesarkan anak perempuan mereka, Angela (Lidya Jewett) seorang diri.
Suatu hari, Angela dan rakannya Katherine (Olivia Marcum hilang di dalam hutan, tetapi kembali semula tiga hari kemudian tanpa memori tentang apa yang berlaku kepada mereka. Kejadian ini memulakan pelbagai peristiwa supernatural yang memaksa Victor untuk menghadapi sumber kejahatan dan mencari Chris MacNeil (Ellen Burstyn) – satu-satunya orang yang pernah menghadapi peristiwa yang sama.
Buat pertama kalinya sejak filem 1973, Ellen Burstyn memainkan semula watak ikoniknya sebagai Chris MacNeil, seorang wanita yang hidupnya selama-lamanya berubah selepas anak perempuannya Regan dirasuk oleh kuasa jahat. Filem ini turut dibintangi oleh Ann Dowd sebagai jiran Victor dan Angela; Jennifer Nettles dan Norbert Leo Butz sebagai ibu bapa Katherine, kawan kepada Angela.

Dikenali sebagai salah satu filem seram supernatural paling ikonik di dunia, ini adalah filem ke-6 dalam francais The Exorcist, dan berfungsi berfungsi sebagai sekuel langsung kepada The Exorcist (1973) yang ditayangkan pada 50 tahun yang lalu. Filem ini diarahkan oleh David Gordon Green dan ditulis oleh Peter Sattler dan juga Green.
Walaupun ada banyak lagi filem spin-off lain, The Exorcist: Believer mengabaikan sekuel dan prekuel sebelum dan direka untuk menjadi karya pertama dalam kompilasi sekuel The Exorcist. Selepas tayangan Believer, dua projek seterusnya akan dibangunkan oleh pasukan kreatif yang sama iaitu Green, McBride, Sattler dan Teems. Menurut info yang kami tahu, kisah Believer akan diikuti oleh The Exorcist: Deceiver, yang bakal ditayangkan di pawagam pada 18 April 2025.

Supaya semua tidak lupa, The Exorcist: Believer akan ditayangkan pada 12 Oktober 2023 di Malaysia. Harap peminat seram akan menyukainya!
@gamersantaimy
Discussion about this post