Setiap tahun pasti akan ada filem baharu daripada francais popular “Doraemon” yang akan ditayangkan di Malaysia. Tahun ini, filem ke-42 yang bertajuk “Doraemon The Movie: Nobita’s Sky Utopia” akan hadir ke pawagam Malaysia pada 27 Julai 2023 oleh GSC Cinemas! Anda boleh tonton trailer rasmi filem di bawah.
Filem terbaharu ini akan membawa anda menonton Nobita, Doraemon dan rakan-rakan mereka yang lain ke sebuah pengembaraan baru, di mana mereka mencari utopia legenda seperti Atlantis atau Dragon Palace di dasar laut. Dengan bantuan kapal pengembaraan masa, mereka telah menjumpai Paradapia, sebuah tamadun yang terapung, di mana semua orang menetap dengan gembira dan semuanya kelihatan sempurna.

Untuk pengetahuan anda, filem ini pertama kali ditayangkan pada bulan Mac yang lalu di Jepun dengan durasi filem selama satu jam 47 minit. Ia telah diarahkan oleh Takumi Doyama dan skrip ditulis oleh Ryota Kosawa. Animasinya pula dihasilkan oleh Shin-Ei Animation.
Buat masa ini, jualan tiket untuk Doraemon The Movie: Nobita’s Sky Utopia masih belum dibuka. Ada kemungkinan besar ia akan tersedia apabila tarikh tayangan semakin hampir nanti. Jadi kenalah rajin semak aplikasi atau laman web GSC kalau anda ingin tonton filem ini. Untuk mendapatkan berita menarik tentang anime daripada kami, boleh klik pautan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post