Hari ini, First Contact Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa Firewall Ultra, game VR terbaru dalam francais Firewall, akan dilancarkan pada 24 Ogos 2023. Bukan itu sahaja, sesiapa yang berminat juga boleh pre-order game ini bermula sekarang.
Sempena itu, mereka mengeluarkan video gameplay khas yang menunjukkan elemen PvP:
Gameplay
Bagi mereka yang tidak tahu, Firewall Ultra ialah sekuel terbaru kepada Firewall Zero Hour, sebuah game shooter popular untuk PS VR pada 2018. Dalam mode PvP utama (bernama Contracts) dua pasukan yang terdiri daripada empat ahli akan menentang satu sama lain dalam perlawanan “best-of-3”.
Dalam setiap perlawanan, pasukan defensif mesti melindungi komputer riba yang penuh dengan intel rahsia menggunakan pelbagai alat dan senjata manakala pasukan ofensif cuba melepasi titik keselamatan dan menggodam komputer riba itu. Alat yang pemain boleh guna termasuk “proximity mine” yang boleh anda letakkan di lokasi tersorok untuk menangkap penyerang secara mengejut, “door blocker” untuk mengukuhkan kedudukan anda dan banyak lagi. Pasukan ofensif perlu berhati-hati dan bekerja sebagai satu pasukan untuk memperoleh intel sebelum masa tamat.
Firewall Ultra turut akan menampilkan mode player-versus-environment (PvE) di mana anda dan rakan sehingga tiga orang dapat menghadapi AI musuh dalam satu peta khusus.
Kelebihan bermain di PS VR2?
Firewall Ultra memanfaatkan ciri-ciri PS VR2 untuk memberi pengalaman FPS yang menarik dan mengasyikkan dalam format VR.
Sebagai contoh, anda boleh menutup mata secara fizikal untuk mengelakkan cahaya flashlight yang menyilaukan. Anda juga boleh menutup sebelah mata semasa membidik dengan senjata supaya pandangan menjadi lebih tepat dan jelas.
Pengesanan sentuhan jari dan “adaptive trigger” meningkatkan lagi elemen imersif. Contohnya, pengalaman menembak pistol amat berbeza daripada menembak sniper rifle dan shotgun kerana masing-masing memiliki rintangan sendiri semasa menarik picu. Pada masa yang sama, anda juga boleh membuat isyarat tangan dan arahan yang realistik kepada ahli pasukan untuk memberi gambaran realisme taktikal dan interaktiviti yang lebih baik.
Info pre-order
Anda boleh pre-order:
- Firewall Ultra edisi Standard (RM169)
- Firewall Ultra edisi Digital Deluxe (RM249)
Apabila pre-order Firewall Ultra sebelum pelancaran, anda akan mendapat akses kepada salah satu senjata legendary iaitu: Reaper X75. Untuk kedua-dua Edisi Standard dan Digital Deluxe.
Bagi mereka yang membeli Edisi Digital Deluxe, anda akan unlock empat “contractor” lebih awal (Meiko, Skip, Fang dan Node) yang merangkumi skil unik mereka serta pakaian alternatif untuk setiap contractor. Edisi Digital Deluxe juga menyertakan empat camo senjata dan akses Operation Pass selepas pelancaran rasmi Firewall Ultra.
Sekali lagi saya ingatkan, Firewall Ultra akan dilancarkan pada 24 Ogos 2023 untuk PS VR2. Pre-order dibuka sekarang dan boleh dibuat melalui PS Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post