Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview kad Heartless Hidetsugu untuk MTG Commander Masters!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 12, 2023
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Preview
0 0
0
Preview kad Heartless Hidetsugu untuk MTG Commander Masters!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami kembali dengan satu lagi preview untuk kad baharu, kali ini untuk creature Heartless Hidetsugu yang tampil dalam Magic: The Gathering (MTG) Commander Masters. Terima kasih kepada rakan-rakan kami di Wizards of the Coast kerana beri peluang ini dan tanpa melengahkan masa lagi, ayuh kita selami kad ini!

Kredit: Wizards of the Coast

Walaupun bukan kad baharu, Heartless Hidetsugu ialah kad yang bagus untuk mana-mana dek Merah di MTG. Ini adalah kad Legenda creature bernilai 5 kos dengan kemahiran untuk melakukan damage besar pada dek Hitam; yang suka mendapatkan efek tambahan dengan mengorbankan nyawa.

Efek Heartless Hidetsugu adalah seperti berikut:

[Tap] Heartless Hidetsugu memberikan damage kepada setiap pemain bersamaan separuh daripada jumlah nyawa pemain itu, dibundarkan ke bawah

Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu mengambil perhatian dengan abiliti ini. Mula-mula, sebagai abiliti jenis tap, anda mahu kad ini kekal sepanjang 1 pusingan sebelum anda boleh menggunakannya.

Kedua ialah keupayaan itu sendiri – ia tidak mendiskriminasi antara pemain, dan itu bermakna anda sendiri juga berada dalam bahaya di mana nyawa boleh dipotong separuh. Ini adalah abiliti yang berisiko untuk digunakan, tetapi boleh menjadi sangat berguna jika anda mempunyai cara untuk memulihkan nyawa sendiri.

Satu hal perkara penting adalah kad ini tidak dikira sebagai Combat Damage, jadi jangan harap kad seperti Jaheira’s Respite untuk menghalang damage-nya.

Secara peribadi, saya tidak akan mengesyorkan kad ini sebagai commander. Jika anda ingin menggunakan abilitinya lebih daripada sekali, anda memerlukan warna tambahan untuk membantu, seperti Merah/Putih supaya anda tidak membunuh diri secara tidak sengaja. Anda boleh memakainya dengan kad lain seperti Act of Heroism atau Aim High untuk melakukan kombo berisiko – mengaktifkan abilitinya dua kali pada giliran yang sama.

Kredit: Wizards of the Coast

Pada pendapat saya, pemain Heartless Hidetsugu adalah jenis pemain berani yang suka membuat tindakan kurang logik untuk menjadi ancaman terbesar dalam perlawanan.

Cuma kad ini tidak dapat membunuh – jadi pastikan memiliki kad berlainan seperti Lightning Bolt atau Creatures lain untuk menghabiskan pihak lawan sebaik sahaja nyawa mereka cukup rendah.

Kredit: Wizards of the Coast

Itu sahaja untuk preview kad ini! Heartless Hidetsugu akan tersedia sebagai sebahagian daripada set MTG Commander Masters, tersedia pada 4 Ogos. Terima kasih kami kepada Wizards of the Coast kerana membenarkan kami melihat kad ini sebelum keluaran set!

Baca segala berita kami tentang MTG di SINI!

Tags: Heartless HidetsuguMTGMTG Commander Masters
ShareTweetSend
Previous Post

Assassin’s Creed Codename Red Dilaporkan Lancar Pada 2024

Next Post

Persona 5 Tactica: Ketahui Lebih Lanjut Tentang Antagonis Serta Kingdoms!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Persona 5 Tactica: Ketahui Lebih Lanjut Tentang Antagonis Serta Kingdoms!

Persona 5 Tactica: Ketahui Lebih Lanjut Tentang Antagonis Serta Kingdoms!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd