Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Reload Dedahkan Trailer Baharu, Perkenalkan Artwork Watak Baru!

Maira by Maira
July 4, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 3 Reload Dedahkan Trailer Baharu, Perkenalkan Artwork Watak Baru!

Sumber: ATLUS

Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada Jun yang lalu, Persona 3 Reload, game remake untuk Persona 3 akan dilepaskan ke platform moden seperti PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam. Game baharu ini akan membawa pemain kembali ke Person 3 yang diperkemas kini dengan grafik menawan, ciri-ciri yang ditambahbaik, side story tambahan dan animasi cutscene serba baharu!

Trailer baharu game telah pun dilepaskan semasa acara Anime Expo 2023, menunjukkan rakaman game tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kita didedahkan dengan rupa baharu untuk watak-watak seperti Akihiko Sanada, Mitsuru Kirijo dan Fuuka Yamagishi. Kita juga dapat mendengar rakaman suara baharu watak dalam Persona 3 Reload. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Watak-watak utama

Akihiko Sanada (CV: Hikaru Midorikawa (JP), Alejandro Saab (EN))

Sumber: ATLUS

Akihiko merupakan pelajar tahun ketiga di Gekkoukan High School dan salah seorang ahli SEES. Seseorang yang popular di sekolah malah kapten kepada pasukan tinju malah cemerlang dalam sukan dan akademik. Kebiasaannya seorang yang tenang, tetapi kadang-kadang sedikit degil dan masanya tidak fleksibel.

Sumber: ATLUS

Selepas sembuh daripada serangan Shadow, dia kembali bertarung bersama Personanya, Polydeuces, yang mahir dalam memberikan damage fizikal dan elektrik.

Mitsuru Kirijo (CV: Rie Tanaka (JP), Allegra Clark (EN))

Sumber: ATLUS

Pewaris kepada Kirijo Group dan sama seperti Akihiko, Mitsuru merupakan pelajar tahun ketiga dan presiden majlis pelajar di Gekkoukan High School. Sebagai ketua kepada SEES, dia akan memberikan arahan kepada protagonis dan ahli-ahli yang lain.

Sumber: ATLUS

Seseorang yang serius dan bekerja keras, Mitsuru mahir dalam pelbagai bidang. Tetapi kerana kehidupannya yang terkongkong, tingkah lakunya boleh mengejutkan orang lain. Memandangkan dia kapten kepada pasukan fencing, Mitsuru lebih gemar menggunakan one-handed sword dan Personanya Penthesilea, yang mahir dengan kemahiran ais dan recovery.

Fuuka Yamagishi (CV: Mamiko Noto (JP), Suzie Yeung (EN))

Sumber: ATLUS

Fuuka merupakan pelajar tahun kedua di Gekkoukan High School. Dia seorang yang tenang dan merendah diri menyebabkannya kadang-kadang menjadi mangsa buli. Setelah terperangkap semasa Dark Hour, kebolehan Persona miliknya telah dibangkitkan apabila SEES menyelamatkannya.

Sumber: ATLUS

Walaupun dia tidak turut serta dalam pertarungan, Fuuka mengumpul dan menganalisis maklumat untuk menyokong pasukan SEES bersama Personanya, Lucia.

Persona 3 Reload akan dilancarkan pada awal 2024 di PlayStation, Xbox dan PC. Ia juga tersedia untuk dimainkan melalui Xbox Game Pass pada hari pertama ia dilancarkan. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk melihat info watak-watak. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: AtlusPersona 3Persona 3 Reload
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Anime “The Journey” Hadir Dalam Bahasa Melayu! Akan Tayang di Astro First!

Next Post

Palit GeForce RTX 4060 Dual: Kajian prestasi gaming, berbaloi atau tidak?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Palit GeForce RTX 4060 Dual: Kajian prestasi gaming, berbaloi atau tidak?

Palit GeForce RTX 4060 Dual: Kajian prestasi gaming, berbaloi atau tidak?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd