Gameloft mengumumkan yang Disney Speedstorm akan dilancarkan secara percuma pada 28 September 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Kalau anda nak tahu, game ini telah pun dilancarkan dalam akses awal sejak bulan April lepas. Tetapi, anda perlu membeli game ini terlebih dahulu sebelum dapat mengakses game tersebut. Kini, Disney Speedstorm akan dilancarkan secara percuma nanti.

Kepada yang tidak tahu mengenainya, Disney Speedstorm ialah game lumba yang menampilkan watak yang merangkumi beberapa francais Disney dan Pixar. Watak yang telah disahkan akan berada dalam game setakat ini adalah Mickey Mouse, Donald Duck, Belle, Beast, Baloo, Jack Sparrow, Mulan, dan James “Sulley” Sullivan.
Kesemua watak tersebut telah mendapat reka bentuk baharu yang lebih kemas dan sesuai dengan tema perlumbaan. Selain daripada watak yang ditampilkan, mereka juga mempamerkan lagu berdasarkan The Jungle Book, Beauty and the Beast, Pirates of the Caribbean, dan Hercules setakat ini.

Berikut adalah ciri-ciri utama:
Disney & Pixar Pergi Berlumba – Watak yang luar biasa termasuk Mulan, Mickey Mouse, Sulley, Baloo, Captain Jack Sparrow, the Beast dan banyak lagi sesuai dan bersemangat untuk berlumba. Tingkatkan statistik setiap pelumba dan gunakan sepenuhnya kemahiran unik mereka yang boleh memberi kesan kepada keputusan perlumbaan tunggal dan mengubah cara anda bermain permainan secara mendadak!
Perlumbaan Arked – Sesiapa sahaja boleh mengambil dan bermain Disney Speedstorm, tetapi menguasai kemahiran dan teknik seperti mengatur masa nitro boost anda, drift dengan tepat di selekoh dan menyesuaikan diri dengan persekitaran trek dinamik adalah penting untuk menguasai setiap perlumbaan.

Berlumba Bersama – Pilih Pelumba melalui trek penuh aksi secara solo, atau cabar rakan dalam mode multiplayer local dan online. Anda juga boleh berhadapan dengan pemain dari seluruh dunia untuk menjadi legenda dalam talian.
Racetrack yang diinspirasikan daripada Disney & Pixar – Mulakan enjin anda dalam persekitaran yang diilhamkan oleh beberapa filem Disney dan Pixar kegemaran anda. Dari dok Pirates of the Caribbean’s Kraken Port ke hutan belantara The Jungle Book’s Jungle Ruins atau Scare Floor dari Monsters, Inc., anda boleh mengalami dunia ini dari perspektif yang segar dan menarik yang ditujukan khusus untuk perlumbaan!
Sesuaikan dengan gaya anda sendiri – Pilih sut pelumba kegemaran anda, “livery” kart yang cantik, dan pamerkan tayar serta sayap yang bergaya — semua ini dan banyak lagi boleh dilakukan dengan ciri penyesuaian yang meluas dalam game!
Kandungan baru – Disney dan Pixar Racers baharu akan ditambah secara kerap, membawa kemahiran istimewa untuk anda kuasai (atau atasi), dan trek unik akan selalu dicipta, untuk mengepam strategi baharu ke dalam campuran. Watak Sokongan, persekitaran, pilihan penyesuaian dan barang koleksi juga akan masuk dengan kerap, jadi sentiasa ada lebih banyak pengalaman.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Disney Speedstorm bakal dilancarkan pada 28 September 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Sttore.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post