Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game PS Plus Julai 2023 – COD: Black Ops Cold War, Alan Wake Remastered, Endling – Extinction is Forever

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2023
in Game Percuma, PS Plus, PS4, PS5, Senarai
0 0
0
Game PS Plus Julai 2023 – COD: Black Ops Cold War, Alan Wake Remastered, Endling – Extinction is Forever
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation Asia telah mendedahkan game bulanan percuma untuk PS Plus bagi Julai 2023. Tawaran kali ini adalah Call of Duty: Black Ops Cold War, Alan Wake Remastered, dan Endling – Extinction is Forever – yang bakal tersedia untuk ahli PS Plus pada hari Selasa, 4 Julai Jun hingga Isnin 31 Julai 2023.

The PlayStation Plus Monthly Games for July are:

➕ Call of Duty: Black Ops Cold War
➕ Alan Wake Remastered
➕ Endling – Extinction is Forever

Available to PlayStation Plus members on 4 July. pic.twitter.com/uLsbck6RhT

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) June 29, 2023

Call of Duty: Black Ops Cold War Cross-Gen Bundle | PS4, PS5

Game FPS Black Ops Cold War berfungsi sebagai entri keenam dalam siri Black Ops dan entri ke-17 dalam keseluruhan siri Call of Duty.

Kempen Black Ops Cold War berlaku semasa awal 1980-an Cold War, yang berlangsung antara Call of Duty: Black Ops (2010) dan Call of Duty: Black Ops II (2012) secara kronologi. Ia tertumpu pada misi mengejar Perseus, seorang pengintip Soviet, yang matlamatnya adalah untuk menumbangkan Amerika Syarikat demi menaikkan kekuatan Soviet Union.

Dalam kempen, pemain akan mengawal “Bell”, yang direkrut oleh pegawai CIA Russell Adler ke dalam pasukan multinasional yang dicipta untuk memburu Perseus. Kempen ini juga menyaksikan kepulangan watak Black Ops Alex Mason, Frank Woods dan Jason Hudson, di mana Mason turut menjadi watak yang boleh dimainkan dalam misi tertentu.

Selain kempen jalan cerita, Cold War memperkenalkan pelbagai senjata dan peralatan ke dalam pengalaman mode Multiplayer dan Zombies untuk kamu cuba bersama kawan-kawan.

Alan Wake Remastered | PS4, PS5

Kembali ke bandar misteri Bright Falls dalam Alan Wake Remastered, game aksi-adventure seram berdasarkan game original pada 2012. Dibikin oleh Remedy Entertainment (Control, Max Payne), remastered ini menampilkan visual yang dibaik pulih dan sejumlah ciri-ciri baharu untuk gamer moden.

Pengarang bermasalah Alan Wake memulakan misi terdesak untuk mencari isterinya yang hilang, Alice. Berikutan kehilangan misterinya dari bandar Bright Falls di Barat Laut Pasifik, dia menemui halaman kisah seram yang konon ditulis olehnya, cuma dia tidak ingat. Tidak lama kemudian, Wake terpaksa mempersoalkan kewarasannya, apabila kisah itu menjadi kenyataan di hadapan matanya: di mana kehadiran musuh ghaib mengambil alih semua orang yang ditemuinya.

Dia tidak mempunyai pilihan selain untuk menghadapi kuasa kegelapan dengan hanya bersenjatakan lampu suluh, pistol dan apa saja yang dijumpai di sekeliling – untuk mencari jawapan tersorok.

Endling – Extinction is Forever | PS4, PS5

Endling: Extinction is Forever ialah game indie survival-adventure 3D side-scroller yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Alami dunia yang dimusnahkan oleh manusia melalui perspektif seekor ibu musang terakhir di Bumi -yang ditemani sepanjang permainan oleh anak kecilnya -dalam pengembaraan ini. Lihat bencana yang dibuatkan oleh umat manusia apabila ia merosakkan, mencemarkan dan mengeksploitasi sumber alam sekitar paling berharga dan berharga hari demi hari.

Terokai pelbagai kawasan menarik dan pertahankan anak-anak anda, beri makan kepada mereka, lihat mereka membesar, dan yang paling penting sekali, bantu mereka untuk terus hidup.

Gunakan gelap malam untuk membimbing anak-anak anda ke tempat yang lebih selamat. Luangkan hari berehat di tempat perlindungan dan rancang langkah anda yang seterusnya dengan terperinci – kerana ia boleh jadi pengembaraan terakhir jika anda tidak berhati-hati.


Sebelum senarai game percuma berubah, saya ingin mengingatkan kepada semua ahli PlayStation Plus agar menebus NBA 2K23, Jurassic World Evolution 2 and Trek to Yomi selewat-lewatnya pada 3 Julai sebelum senarai berubah.

Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alan Wake RemasteredCall of Duty: Black Ops Cold WarEndling – Extinction is Foreverps plus
ShareTweetSend
Previous Post

Game AR Marvel: World of Heroes Dibatalkan oleh Pembangun Pokemon Go!

Next Post

Squid Game Season 2 umum lapan pelakon baru termasuk Park Gyu-young, Jo Yu-ri, Choi Seung-hyun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Squid Game Season 2 umum lapan pelakon baru termasuk Park Gyu-young, Jo Yu-ri,  Choi Seung-hyun

Squid Game Season 2 umum lapan pelakon baru termasuk Park Gyu-young, Jo Yu-ri, Choi Seung-hyun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd