Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga spesial Minato akan keluar pada 18 Julai, kisah ayah Naruto semasa muda

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga spesial Minato akan keluar pada 18 Julai, kisah ayah Naruto semasa muda
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui undian populariti yang diadakan dua bulan lepas, ternyata watak yang paling popular dalam siri Naruto bukanlah protagonis utama atau Boruto, tetapi Hokage ke-4 Namikaze Minato yang sudah lama meninggal dunia. Sebagai penghormatan kepada Minato, Masashi Kishimoto (pencipta Naruto) sedang menghasilkan manga one-shot istimewa yang bakal dikeluarkan pada bulan Julai 2023 nanti.

Masashi Kishimoto's New One-Shot Manga Celebrating NARUTOP99 to Publish in Weekly Shonen Jump Issue 33! 『NARUTO外伝 渦の中のつむじ風』"NARUTO Gaiden: Uzu no Naka no Tsumujikaze" #NARUTO https://t.co/gxEBIrtPYS

— NARUTO OFFICIAL (@NARUTO_info_en) June 27, 2023

Menurut laman web rasmi, manga spesial ini akan memfokuskan tentang Minato sebelum dia menjadi Hokage Keempat kepada Kampung Konoha dan sebelum dia menjadi ayah kepada Naruto. Khususnya, manga ini akan menceritakan bagaimana dia mempelajari salah satu jutsu paling kuat di dunia hingga diberi nama “Yellow Flash“.

Kredit: Shueisha

Bertajuk Naruto Gaiden: Uzu no Naka no Tsumujikaze (tajuk bahasa Inggeris rasmi masih belum diumumkan), manga one-shot ini mempunyai 55 muka surat dan akan dikeluarkan pada 18 Julai melalui majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha. Tarikh ini juga sama dengan Ulang Tahun Shonen Jump yang ke-55.

Kredit: Shueisha

Satu lagi fakta menarik adalah ini merupakan manga pertama yang dilukis oleh Masashi Kishomoto selepas beliau berehat selama lebih tujuh (7) tahun. Memandangkan penciptanya sudah lama tidak beraksi, saya sendiri tidak sabar untuk melihat bagaimana beliau menceritakan kehidupan peribadi Minato.

Selain manga, jabatan anime juga sangat sibuk. Studio Pierrot sedang mengerjakan anime empat-episod baharu yang akan dikeluarkan pada musim luruh ini (kemungkinan besar bulan September) untuk meraikan ulang tahun siri anime Naruto yang ke-20. Butiran tentang plot dan tarikh keluaran tepat tidak diumumkan tetapi teori di internet kata ia akan menumpukan tentang shinobi zaman Naruto, bukan Boruto.

Buat masa ini, kedua-dua manga dan animasi Boruto sedang berehat dan akan kembali pada hujung tahun ini. Sementara menunggu ketibaan hero muda ini, sekurang-kurangnya peminat boleh mengisi rindu dengan menjamah projek-projek lain daripada francais Naruto.


Bagi mereka yang kurang mengenali Namikaze Minato, kami turut menulis tentang biodatanya yang korang boleh baca di SINI. Untuk membaca segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaMinatonaruto
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Five Nights At Freddy’s Telah Dedahkan Trailer Rasmi Pertama! Bakal Tayang 26 Oktober 2023!

Next Post

Nintendo Ingin Kurangkan Isu “Scalping” untuk Konsol Terbaharu Mereka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Nintendo Ingin Kurangkan Isu “Scalping” untuk Konsol Terbaharu Mereka

Nintendo Ingin Kurangkan Isu "Scalping" untuk Konsol Terbaharu Mereka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd