Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harry Potter: Magic Awakened kini tersedia di PC, iOS & Android!

safwan by safwan
June 27, 2023 - Updated on June 28, 2023
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Harry Potter: Magic Awakened kini tersedia di PC, iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Harry Potter: Magic Awakened baru sahaja dilancarkan oleh Warner Bros. Games dan NetEase untuk PC, Android dan iOS.

Harry Potter: Magic Awakened merupakan tajuk terbaharu yang akan dilancarkan secara global di bawah nama Portkey Games, label khas untuk penghasilan pengalaman game mobile dan game video yang diinspirasikan oleh Wizarding World, di mana pemain menjadi tumpuan dalam pengembaraan masing-masing.

Sumber: Netease

Ianya adalah sebuah game collectible card (CCG) dan massively multiplayer (MMO) yang menampilkan gabungan elemen Role-playing game (RPG). Pemain akan mengambil peranan sebagai pelajar tahun pertama di Hogwarts, menyertai ribuan ahli sihir lain dalam usaha untuk menguasai sihir mereka.

Dalam game ini, pemain akan merasai pengalaman menjadi pelajar di Hogwarts seperti pemilihan rumah, menghadiri kelas yang diajar oleh profesor lama dan baru, meneroka Forbidden Forest, menari bersama rakan di Social Club dan banyak lagi! Selain itu, pemain juga akan belajar menggunakan sihir yang boleh diaktifkan menggunakan kad. Pemain perlu kuasai sihir, strategi unik dan kombinasi bentuk semasa menghadapi cabaran dan berlawan dengan pemain lain dalam pengembaraan baharu ini!

Ciri-ciri Penting Harry Potter: Magic Awakened

Kredit: Netease

Alami Kehidupan sebagai Pelajar Hogwarts: Anda boleh mengubah suai watak, menerima “wand”, hadiri upacara “Sorting Hat”, terbang mengelilingi Hogwarts dan banyak perkara yang boleh dilihat dan dilakukan di Hogwarts.

Isi Spellbook Anda: Terdapat lebih daripada 70 spell dan summon tersedia semasa pelancaran. Setiap satu dengan kesan dan faedah unik mereka sendiri, pemain boleh mencipta dek dengan kombinasi tak terhingga sekitar damage, control, support dan defense untuk menggunakan magik dengan cara sendiri.

Immersive Massively Multiplayer World: Sertai Kelab Sosial dengan pemain lain dan ambil bahagian dalam aktiviti istimewa seperti menjaga telur naga atau memasuki boss raid untuk melawan makhluk berkuasa seperti Thunderbird.

Cerita baharu: Menampilkan watak baharu dan asli daripada siri “Harry Potter”, alami kisah baharu dalam dunia sihir. Setiap tahun di Hogwarts akan membawa arc segar dan pengembaraan yang berbeza untuk diterokai.

Dueling Club: Pemain boleh bersaing antara satu sama lain dalam “real-time wizarding duels” dan mendaki leaderboards dalam pertempuran kecerdasan dan penguasaan ajaib. Pilih daripada pilihan 1v1 dan 2v2, serta mode masa terhad.

Forbidden Forest: Terokai Forbidden Forest secara solo atau dalam co-op bersama pemain lain untuk bertempur mengharungi cabaran yang semakin sukar dengan menawarkan ganjaran yang lebih besar pada setiap kemenangan. Cerita eksklusif dan makhluk ajaib seperti Centaur, Acromantulas, Unicorn dan banyak lagi menanti.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Harry Potter: Magic Awakened telah pun dilancarkan untuk PC, iOS dan Android!

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: harry potterHarry Potter: Magic Awakened
ShareTweetSend
Previous Post

Siapakah Blue Beetle? Biodata ringkas tentang Jaime Reyes! 

Next Post

Among Us Bakal Hadir Dengan Siri Animasi Tersendiri oleh CBS Studios!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Among Us Bakal Hadir Dengan Siri Animasi Tersendiri oleh CBS Studios!

Among Us Bakal Hadir Dengan Siri Animasi Tersendiri oleh CBS Studios!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd